Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS beri amaran kepada anggota usah dedah isu dalaman parti

Aug 01, 2023 | 04:17 PM



PETALING JAYA: Anggota Parti Islam SeMalaysia (PAS) diberi amaran supaya jangan mengulas perkara dalaman parti kepada khalayak ramai, terutama mengenai pemilihan calon, menjelang pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos.


“PAS secara tegas melarang semua anggotanya membuat sembarang kenyataan umum mengenai perkara dalaman parti dalam apa cara sekalipun, baik melalui media mahupun video atau rakaman suara.

“Ini termasuk membuat kenyataan yang berkaitan perkara mengenai calon pililihan raya,” kata setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor akhbar The Star.


Peringatan tegas itu dibuat di tengah-tengah suasana tidak menyenangkan dalam kalangan penyokong parti terutama berkaitan pemilihan mengejut presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau, sebagai calon gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Bayan Lepas di Pulau Pinang.

Selama ini, kawasan undi itu, yang mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, ditandingi oleh calon PAS, dan sebelum ini, setiausaha PAS Pulau Pinang, Encik Iszuree Ibrahim, dijangka bertanding di situ kali ini.

Hanya sekitar 100 orang, terdiri daripada anggota Gerakan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dilaporkan berada di pusat penamaan calon semasa Encik Lau menyerahkan borang pencalonannya Sabtu lalu.

Timbalan presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, akur ada perselisihan mengenai keputusan menamakan Encik Lau bartanding bagi kerusi itu.

Namun, beliau turut berkata pencalonan Encik Lau tidak mempunyai sebarang kesan negatif terhadap sokongan majoriti pengundi Melayu kepada PN di Bayan Lepas.

Sementara itu, Datuk Takiyuddin memberi amaran tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas anggota PAS yang membuat kenyataan yang memudaratkan parti itu atau PN.

“Apa jua persoalan atau perselisihan mengenai perkara dalaman parti, jika ada, harus diajukan dan diselesaikan melalui saluran parti yang sedia ada,” katanya.

Beliau mengingatkan anggota PAS bahawa pemilihan calon telah dibuat dengan betul dan melalui Majlis Syura, jawatankuasa pusat dan jabatan pilihan raya, parti itu.

Datuk Takiyuddin turut menafikan bahawa pemilihan calon dibuat menurut tuntutan, tekanan atau pengaruh sesetengah pihak.

Sebelum dicalonkan, Encik Lau menolak dakwaan anggota akar umbi PAS yang merungut kononnya beliau “menggunakan pengaruh” supaya dicalonkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >