Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pekerja MYAirline buat laporan polis, tuntut gaji

Nov 01, 2023 | 01:29 PM



KUALA LUMPUR: Selepas tergantung tidak bertali, sekumpulan pekerja syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yang menghentikan operasi secara mengejut sejak 12 Oktober, membuat laporan polis untuk menuntut tunggakan gaji.


Kumpulan pekerja seramai kira-kira 20 orang itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.

Mereka diiringi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Encik Kamarul Baharin Mansor.

Menurut Encik Kamarul Baharin, laporan polis itu dibuat kerana MYAirline didakwa gagal membuat pembayaran gaji serta tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak Mei 2023.

Pada 12 Oktober, MYAirline membuat pengumuman mengejut untuk menggantung sementara operasi berikutan tekanan kewangan dihadapi syarikat itu.

Berikutan itu lebih 500 kakitangan syarikat penerbangan itu tertanya-tanya berhubung status perkhidmatan mereka dalam syarikat berkenaan yang baru beroperasi kira-kira setahun sejak 1 Disember 2022.

Pada 16 Oktober, Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline, Datuk Seri Azharuddin A Rahman dilaporkan berkata pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan yang telah membuat pembayaran bagi tempahan tiket dan membayar gaji kakitangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, setakat ini polis menerima empat laporan berhubung perkara itu masing-masing dua laporan di IPD Sepang dan Balai Polis Dengkil.

Mengulas lanjut, Encik Kamarul Baharin berkata isu berkenaan memerlukan campur tangan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan kebajikan kakitangan syarikat penerbangan terbabit terbela dan dapat meneruskan kehidupan.

“Kehidupan mereka ketika ini amat terjejas dan saya harap kerajaan ambil maklum dan segera bertindak,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin.


Dalam laporan berasingan, syarikat penerbangan itu menjelaskan ia sedang berusaha sepanjang masa untuk memuktamadkan pakej permodalan semula untuk memulihkan operasinya.

Dalam satu kenyataan MYAirline berkata ia sudah menerima lebih 15 cadangan daripada pelabur berpotensi, dua daripadanya berada dalam peringkat rundingan lanjutan.

“Ini juga akan memudahkan pembayaran balik wang kepada penumpang yang terjejas serta pembayaran gaji dan pembayaran yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa,” kata kenyataan itu lapor BHM pada Isnin.


Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga mengulangi kenyataan bahawa ia tidak menamatkan atau mengarahkan mana-mana kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji sejak 12 Oktober lepas sehingga sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >