Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelancong Timur Tengah belanja paling besar di M’sia

Aug 31, 2023 | 03:19 PM



PETALING JAYA: Pelancong dari Timur Tengah merupakan golongan pelancong asing yang berbelanja paling besar di Malaysia, dengan setiap orang membelanjakan purata RM10,502 ($3,058) semasa percutian mereka pada 2023.


Di tempat kedua ialah pelancong dari Britain, dengan perbelanjaan RM6,139 seorang, manakala pengunjung dari China di tempat ketiga dengan perbelanjaan RM5,721.

Demikian menurut angka pihak berkuasa pelancongan Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Secara keseluruhan, perbelanjaan per kapita purata pelancong antarabangsa ke Malaysia meningkat 5.3 peratus kepada RM3,288 pada 2023 daripada RM3,121 pada 2019, tahun sebelum wabak Covid-19 bermula.

Walaupun pelancong Timur Tengah adalah pelancong asing yang berbelanja paling tinggi di Malaysia, mereka membentuk kumpulan agak kecil yang membentuk hanya 56,592, atau 0.6 peratus, daripada 9.16 juta ketibaan dari Januari hingga Jun 2023, lapor The Star.


Negara sumber terbesar bagi pelancongan antarabangsa Malaysia ialah Singapura dengan 3.88 juta ketibaan, diikuti Indonesia pada 1.45 juta dan Thailand dengan 770,242.

Malaysia menyasarkan menarik lebih 18 juta ketibaan pada 2023.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, berkata pasaran jarak dekat dengan pengunjung terutamanya dari negara Asean adalah penyumbang utama ketibaan pelancongan antarabangsa Malaysia.

Pasaran jarak sederhana pula didorong terutamanya oleh pelawat dari China, Korea Selatan, India dan Jepun, manakala Australia, Britain dan Amerika Syarikat membentuk sebahagian besar pasaran jarak jauh.

Walaupun terdapat kebimbangan mengenai kadar pemulihan ekonomi China yang memberi kesan kepada perjalanan antarabangsa, Datuk Ammar berkata terdapat trend positif dalam ketibaan pelancong China.

“Walaupun pemulihan ekonomi China yang lebih perlahan daripada jangkaan mungkin menyebabkan penduduknya teragak-agak untuk membelanjakan wang di luar negara, kami melihat peningkatan yang stabil dalam bilangan pelancong China ke Malaysia,” ujarnya.

Datuk Ammar berkata keutamaan pelancong China telah berubah berikutan pandemik Covid-19.

“Mereka tidak lagi berminat untuk melancong dalam kumpulan besar tetapi lebih suka menceburi bidang pelancongan khusus,” ujar beliau.

Angka itu juga menunjukkan bahawa walaupun perbelanjaan per kapita telah meningkat pada 2023 berbanding 2019, purata tempoh penginapan antarabangsa ke Malaysia telah menurun kepada 3.9 malam berbanding 6.2 malam.

Pelancong Timur Tengah sekali lagi mencatatkan purata tempoh penginapan paling lama iaitu 8.7 malam pada 2023 diikuti Britain, Russia dan Perancis dengan ketiga-tiga negara masing-masing mencatatkan 7.8 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >