Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelukis Johor bak ‘patah tengkuk’ cat bawah jambatan, 16 hari mendongak

Sep 27, 2023 | 11:08 AM



Berkorban apa sahaja.

Biar pun terpaksa mendongak selama 16 hari, seorang pelukis muda Malaysia sanggup menghabiskan tempoh itu mengecat di bawah sebuah jambatan kereta api di Gelang Patah, Johor Bahru, dengan warna merah, putih dan biru – warna Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Satu video yang tular di TikTok oleh pengguna bernama Beelwork, menunjukkan seorang pelukis menjalankan tugas ‘melenguhkan tengkuk’ semata-mata untuk menghiasi bawah jambatan tersebut dengan warna kelab tersebut.

Video yang dimuat naik pada Isnin itu, telah mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan lebih 94,000 likes, sehingga 7.30 malam keesokan harinya.




@beelwork

Sekali sekala berkarya di negeri kelahiran sendiri. Masalahnya, aku jalan mendongak sampai sekarang ni. #art #painting #mural #jdt #gelangpatah #johorsoutherntiger #johor #beelwork #chromaticstudio

♬ Idea 10 - Gibran Alcocer



Ia mendokumenkan proses dari awal hingga akhir proses lukisan itu dengan membersihkan permukaan bawah jambatan itu sebelum mengecat beberapa lapisan warna ketika berada di atas sebuah kren sambil mendongak.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), pelukis tersebut, Encik Muhammad Nabil Mohd Azahari, dari Johor Bahru, berkata projek itu dianggapnya paling mencabar sejak beliau bertugas dalam bidang seni sembilan tahun lalu. Ia mengambil selama 16 hari untuk selesai.


Encik Muhammad Nabil, 29 tahun, yang mempunyai jenama seni kreatif dan lukisan muralnya tersendiri yang diberi nama Beelwork, berkata projek itu meliputi jambatan kereta api yang melintang di atas Jalan Skudai – Gelang Patah.

Jalan itu menuju ke Stadium Sultan Ibrahim di Gelang Patah, Johor – rumah pasukan Harimau Selatan itu.

Encik Muhammad Nabil berkata projek itu paling mencabar sebab keluasan permukaan bawah jambatan itu dianggar seluas 4,800 kaki persegi dan ia perlu dicat dengan mendongak ke atas.







Ia melibatkan pelbagai proses, daripada pembersihan permukaan, lapisan awal kepada sekitar tiga hingga empat lapisan warna.

Malah beliau juga tidak menggunakan sebarang peralatan khas selain menyewa sebuah kren Skylift – yang diguna untuk mengecat kawasan tinggi.

“Kalau dinding biasa ada juga bahagian yang mencabar untuk dicat. Bergantung pada desain. Bagi projek ini, kesukarannya terletak pada permukaannya,” katanya.

“Boleh katakan ini kali pertama saya diberi tugas seperti ini dan juga satu projek yang jarang sekali saya lakukan.”

Encik Muhammad Nabil, seorang lulusan Diploma Reka Grafik dan Media Digital, Universiti Teknologi Mara, Melaka, menjalankan tugas itu dari 10 hingga 26 Ogos lalu.

Kerja bermula sekitar 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk waktu berehat sejam untuk makan tengah hari dan bersolat.







Beliau dibantu tiga kenalan terdiri daripada adik-beradik serta temannya berusia 20-an tahun.

Encik Muhammad Nabil berpengalaman dalam kerja seni kreatif di serata Malaysia, khususnya lukisan mural sama ada berskala besar mahupun kecil.

Beliau dipilih untuk menghasilkan projek di bawah jambatan itu oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang sebelum ini terlihat tanda tangan namanya dilukis pada sebuah mural lain di Johor Bahru.







Muhammad Nabil juga berkata beliau pernah melukis mural bagi beberapa restoran di Singapura

Antaranya termasuk sebuah premis cawangan makanan dan minuman di Bukit Timah pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >