Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin dunia gesa semua pihak bertenang lepas Israel dilapor serang Iran

Apr 20, 2024 | 04:02 PM



TEHERAN: Pemimpin dunia membuat gesaan pada 19 April agar pelbagai pihak bertenang selepas Israel dilapor melancarkan serangan tindak balas terhadap Iran.


Pegawai Israel tidak membuat sebarang komen awam mengenai serangan itu, manakala pegawai Iran memperkecilkan kepentingannya.

Media Iran melaporkan letupan di wilayah tengah negara tersebut pada awal pagi 19 April.

Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amir-Abdollahian, berkata mikro-dron Israel yang digunakan dalam operasi itu tidak menyebabkan kematian atau kerosakan, menyifatkannya sebagai “percubaan terdesak untuk mencipta kemenangan daripada kekalahan berulang mereka”.

Tetapi serangan secara langsung antara dua musuh di Timur Tengah itu telah menggemparkan pasaran dunia dengan harga minyak, emas dan ekuiti turun naik secara mendadak.

Israel telah memberi amaran ia akan bertindak balas selepas Iran melepaskan ratusan peluru berpandu dan dron hampir seminggu lalu.

Iran berkata serangan itu ialah tindak balas terhadap serangan udara maut pada 1 April – dipercayai dilancarkan Israel – ke atas konsulat Iran di Damsyik dan membunuh beberapa Pengawal Revolusi.

Sumber kanan Kongres Amerika Syarikat memberitahu agensi berita, AFP terdapat serangan balas Israel tetapi enggan memberikan sebarang butiran, sambil menyifatkan ia sebagai maklumat sulit.


Selepas televisyen pemerintah melaporkan letupan kedengaran berhampiran bandar Isfahan, Iran mengaktifkan sistem pertahanan udaranya di beberapa bandar, lapor media rasmi.

Seorang pegawai Israel yang tidak dikenali memberitahu akhbar, The Washington Post, “serangan” itu ialah tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran dan bertujuan untuk memberi isyarat bahawa Israel boleh menyerang Iran.


Agensi berita Iran, Tasnim, memetik sumber yang menafikan bahawa Iran telah diserang dari luar.


“Bertentangan dengan khabar angin dan dakwaan” yang dibuat dalam media asing, “tiada laporan mengenai serangan dari luar negara”, lapor agensi berita itu.

Tiga pegawai Iran memberitahu akhbar, The New York Times, bahawa dron kecil melakukan “serangan”, mungkin dilancarkan dari dalam Iran, dan radar tidak mengesan pesawat tidak dikenali memasuki ruang udara Iran.


Agensi berita, Fars melaporkan “tiga letupan” berhampiran Qahjavarestan, berhampiran lapangan terbang Isfahan dan pangkalan udara tentera Shekari ke-8.


Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, telah menggesa agar “lingkaran tindak balas berbahaya” di Timur Tengah dihentikan, kata jurucakapnya.

Penganalisis berkata keganasan selanjutnya boleh dielakkan.

Dr Sanam Vakil, pengarah program Timur Tengah dan Afrika Utara di badan pemikir, Chatham House Britain, berkata serangan Israel yang dilaporkan telah “ditentukur untuk mengelakkan kerosakan dan pencerobohan Iran selanjutnya”.

“Selagi Iran terus menafikan serangan itu dan mengalihkan perhatian daripadanya dan tiada lagi serangan dilihat, ada ruang untuk kedua-dua pihak berhenti memburukkan keadaan buat masa ini,” katanya. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >