Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pemimpin parti negeri dijangka menang kerusi DUN masing-masing

Jul 29, 2023 | 05:30 PM



Pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) gabungan parti itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bakal bertembung satu lawan satu menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, untuk merebut Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah.

Beliau, yang juga Menteri Besar sementara Kedah, memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Di Kedah sendiri, dijangka berlaku persaingan sengit dengan gabungan parti Pakatan Harapan-BN (PH-BN) yang bertekad mahu merampas Kedah daripada PN.

Ditemui wartawan, Datuk Sanusi menjangkakan proses kempen selama dua minggu ini akan berlaku fasa serangan yang berterusan terhadap dirinya. Beliau sebelum ini telah dikenakan tuduhan di mahkamah berkaitan akta hasutan termasuk membabitkan Sultan Selangor.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pula bertanding semula di kawasan DUN Pedu, selepas 15 tahun meninggalkan kerusi berkenaan. Beliau, yang juga mantan Menteri Besar Kedah, berdepan saingan satu lawan satu dengan penyandang kerusi berkenaan, Encik Mohd Radzi Md Amin daripada PN.

Pada PRN kali ini, Kedah mempunyai 36 DUN; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40); Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Di Negeri Sembilan, 27 daripada 36 kerusi DUN menyaksikan pertembungan sengit secara langsung antara PH-BN dengan PN. Persaingan tiga penjuru berlaku di tujuh DUN dan pertembungan empat penjuru pula di dua DUN.

Menteri Besar sementaranya, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), bertanding di DUN Sikamat dan ditentang tiga calon – seorang calon PN dan dua calon Bebas.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan, pula bertanding di DUN Rantau menentang Encik Rozmal Malakan daripada PN.

Di Kelantan, kebanyakan DUN juga melibatkan pertembungan satu lawan satu antara PAS dengan parti lain serta calon Bebas.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan, menyatakan pencalonannya dalam PRN kali ini adalah yang terakhir.

Ini memandangkan beliau sudah memasuki penggal ketujuh dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda selepas ini.

Beliau akan ditentang oleh calon PH, Encik Mohamad Zamakh Sari Ibrahim.

Di Pulau Pinang, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri, Encik Chow Kon Yeow, akan menentang Encik H’ng Khoon Leng daripada Gerakan.

Namun beliau dijangka tidak berdepan cabaran sengit untuk mempertahankan kerusi DUN Padang Kota yang dimenanginya sejak 2008, sekali gus kekal sebagai Menteri Besar negeri jika PH/BN kekal menang di Pulau Pinang.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpuas hati dengan perjalanan Hari Penamaan Calon di enam negeri yang disifatkannya berjalan amat baik dan teratur.

Beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berharap perjalanan kempen selama 14 hari bagi PRN yang bermula pada Sabtu, dapat berjalan dengan sopan dan beradab. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >