Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin pembangkang Greece mengaku kalah dalam pilihan raya

May 22, 2023 | 06:59 PM



ATHENS: Pemimpin pembangkang Greece, Encik Alexis Tsipras, mengucap tahniah kepada Perdana Menteri Encik Kyriakos Mitsotakis atas kemenangan parti New Democracy dalam pilihan raya parlimen pada Ahad, lapor Sputnik memetik media pemerintah.


Parti sayap kanan New Democracy mendahului parti berhaluan kiri Syriza yang diketuai Tsipras, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Peratusan yang keluar mengundi melebihi 60 peratus.

Selepas lebih 90 peratus undi dikira, parti pemerintah memperoleh 40.81 peratus undi dengan memenangi 146 daripada 300 kerusi parlimen berbanding Syriza yang memperoleh 20.06 peratus undi dan 71 kerusi.

Parti Pasok pula menduduki tempat ketiga dengan 11.58 peratus undi dan 41 kerusi, diikuti Parti Komunis dengan 7.18 peratus dan 26 kerusi serta Greek Solution memperoleh 4.46 peratus dan 16 kerusi.

Tanpa majoriti langsung, pengulangan proses mengundi dijangka akan diadakan sekali lagi.

Encik Tsipras, mantan perdana menteri Greece, meminta Encik Mitsotakis supaya mencadangkan tarikh tentatif pengundian pada 25 Jun atau 2 Julai, menurut saluran berita ERT milik kerajaan.

Sementara itu, Encik Mitsotakis menyifatkan keputusan undian itu sebagai ‘kemenangan besar dan jelas’.

Beliau melihat keputusan itu sebagai mandat jelas terhadap parti New Democracy untuk mentadbir secara bersendirian. Untuk itu beliau akan berusaha mendapatkan majoriti mutlak dalam undian seterusnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >