Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Guangdong, HK siap siaga hadapi taufan Super Saola

Sep 01, 2023 | 06:15 PM



HONG KONG: Puluhan juta penduduk di kawasan selatan China bergegas mencari tempat lebih selamat pada Jumaat ketika taufan Super Saola melanda ke arah bandar-bandar besar di Hong Kong dan Shenzhen, memaksa pembatalan ratusan penerbangan, penutupan perniagaan dan sekolah.


Dengan kelajuan angin pada 210 kilometer sejam (kmj) yang bergerak ke arah Hong Kong, taufan Saola boleh menjadi salah satu taufan paling kuat melanda Guangdong jika ia tiba di wilayah selatan China.

Menjelang 11 pagi, ia berada 180 kilometer dari Hong Kong, di mana pasaran saham telah membatalkan dagangan ekoran isyarat amaran T8 – tahap amaran taufan ketiga tertinggi di bandar itu.

Profesor Chan Pak-wai, pengarah balai cerap tempatan, berkata isyarat Nombor 8 mungkin akan berlaku pada Sabtu dan mungkin dinaikkan kepada Nombor 10, penarafan tertinggi.

Isyarat Nombor 10 bermakna angin ribut taufan yang mencapai kelajuan berterusan 118 kmj bakal menjejas kawasan bandar.

Ketua Setiausaha Negara, Encik Chan Kwok-ki, pada Khamis memberi amaran pada satu taklimat media dengan berkata: “Ini boleh menjadi taufan yang sangat merosakkan. Kami berharap dapat meminimumkan kerosakan.”

Menjelang lewat pagi, wilayah berjiran Shenzhen di Guangdong mengumumkan penggantungan kerja, perniagaan dan aktiviti pasaran saham mulai 4 petang, manakala pengangkutan akan dihentikan pada waktu petang.

“Selain daripada kakitangan penyelamat dan kecemasan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak keluar rumah,” kata Jabatan Respons Kecemasan Shenzhen, sebuah bandar dengan penduduk seramai 17.7 juta orang.

“Bandar ini akan membuka semua tempat perlindungan untuk orang ramai berlindung,” kata jabatan itu.

Pihak berkuasa telah pun mengeluarkan amaran taufan tertinggi, dengan media pemerintah China menjangkakan taufan itu akan mendarat “di kawasan pesisir pantai dari Huilai ke Hong Kong” pada petang atau malam Jumaat.

Di seberang sempadan tanah besar di Hong Kong, pemerhati cuaca bandar memberi amaran bahawa taufan Saola boleh menyusur dalam jarak 100 km ke selatan wilayah itu, menyebabkan gelombang berserta ribut di sekitar Pelabuhan Victoria.

“Mungkin ada banjir serius,” katanya, sambil menambah bahawa kawasan pantai timur boleh menyaksikan paras air mencapai paras tertinggi seperti pada 2018, apabila Taufan Mangkhut melanda Hong Kong dan mencederakan lebih 300 orang.

Semua perkhidmatan feri pelabuhan dan pulau telah digantung, manakala syarikat pengendali kereta api bawah tanah dan kereta api bandar itu, menghentikan perkhidmatan bas.

Pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong berkata penerbangan berlepas pada pagi “kebanyakannya normal”, tetapi mulai 2 petang, penerbangan yang tiba dan berlepas “telah dibatalkan”. – AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >