Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penipu disingkir dari program latih sambil belajar M’sia atas kelulusan palsu

Sep 15, 2023 | 05:29 PM



KUALA LUMPUR: Satu meme menghiburkan yang dimuat naik di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, akhirnya mendedahkan seorang penipu yang berjaya memperdaya ketua pejabat keselamatan kerajaan Malaysia untuk menempah tempat dalam program fellowship belia terulungnya.

Encik Azhar Ali, 23 tahun, dipilih sebagai salah seorang daripada 56 Fellow Perdana untuk 2023 setelah menyatakan beliau lulusan Universiti Malaya yang mempunyai pengkhususan dalam kejuruteraan perhubungan dan elektronik.

Namun beliau telah disingkirkan daripada program tersebut setelah ramai pelajar dan alumni mengutarakan bahawa tidak ada kursus sedemikian di institusi tersebut.

“Beliau belum lagi tamat pengajian. Rakan seangkatan saya. Saya bekas rakan biliknya. Tetapi sejauh mana yang saya tahu, saya belum dengar tentang kursus itu lagi. Kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrikal, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sivil, kejuruteraan bioperubatan. Ini lima sahaja,” kata @zikriadamn di wadah media sosial itu.







Encik Azhar juga mendakwa beliau merupakan juara WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon. Namun, ini juga terbongkar sebagai palsu - pasukan yang menang termasuk pelajar dari universiti di Vietnam, China dan Korea Selatan.

Encik Azhar telah ditugaskan sebagai pelajar latihan amali kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.

Encik Zafrul telah memadamkan pos media sosialnya yang menyambut Encik Azhar ke pejabatnya.







Pada Rabu, Kementerian Belia dan Sukan, yang memimpin program fellowship itu, mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang mempunyai bukti kelayakan palsu akan disingkirkan daripada Fellowship Perdana, lapor akhbar The Straits Times.


Tanpa menamakan Encik Azhar, ia berkata bahawa seorang fellow yang ditugaskan untuk mengikuti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah diberhentikan kerana melanggar terma program setelah sijil bagi salah satu pencapaiannya didapati “tidak sah”.

Ini bukan kali pertama anggota Kabinet diperdaya oleh dakwaan Encik Azhar.

Pada kemuncak pandemik Covid-19 pada 2020, Perdana Menteri pada waktu itu, Encik Muhyiddin Yassin serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pendidikan Tinggi Noraini Ahmad telah mengucapkan tahniah kepada Encik Azhar atas dakwaannya mendapat biasiswa Nasa.

Encik Azhar mengeluarkan ciapan beliau berada di kedudukan 1 peratus terbaik dalam Artemis Challenge, anjuran Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Nasional AS, dan memperoleh kecemerlangan hebat kerana mereka pakaian angkasa lepas.

Ia kemudian terbongkar bahawa pertandingan itu merupakan kegiatan yang diadakan di Space Centre Houston bagi pasukan, bukan pelajar individu. Peserta juga perlu merupakan rakyat Amerika Syarikat atau penduduk tetap.

Setelah dicabar dalam talian, Encik Azhar kemudian mengeluarkan ciapan bahawa beliau mangsa penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >