Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekurang-kurangnya $25.5j lesap akibat penipuan pelaburan sejak Jun

Polis: Mangsa didekati penipu melalui pelbagai saluran, termasuk platform media sosial Facebook dan Instagram, aplikasi komunikasi Telegram dan WhatsApp, serta aplikasi temu janji seperti Coffee Meets Bagel dan TanTan
Jul 20, 2023 | 01:28 PM









Sekurang-kurangnya 498 orang kehilangan tidak kurang $25.5 juta akibat penipuan pelaburan sejak Jun.

Polis berkata pada Rabu bahawa mangsa ditipu melalui “pelaburan” dalam mata wang kripto dan saham, antara lain.

Mereka didekati oleh penipu melalui pelbagai saluran, termasuk platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, aplikasi komunikasi Telegram dan WhatsApp, serta aplikasi temu janji seperti Coffee Meets Bagel dan TanTan.

Penipu itu menggunakan dua pendekatan – berkawan dengan mangsa atau iklan dalam talian – tambah polis.

Bagi pendekatan pertama, penipu menggunakan media sosial atau aplikasi temu janji untuk menghubungi mangsa. Mereka mula-mula akan membina hubungan sebelum memperkenalkan “peluang pelaburan”, yang mangsa cenderung untuk percaya, mengikut arahan mereka dalam membuat transaksi.

Untuk meyakinkan mereka bahawa “pelaburan” mereka sah, mangsa akan menerima keuntungan kecil pada mulanya.

Penipu juga menggunakan laman web atau aplikasi untuk memaparkan keuntungan yang kononnya diraih mangsa, sekli gus meyakinkan mereka untuk melabur lebih banyak.

Bagaimanapun, mereka akan menyedari bahawa mereka ditipu hanya apabila mereka tidak dapat mengeluarkan “keuntungan” mereka atau menghubungi penipu.

Dalam pendekatan kedua, mangsa sama ada mencari dalam talian peluang pelaburan atau terjumpa iklan di media sosial.

Selepas mengklik pautan, mereka dialihkan ke aplikasi pemesejan untuk menghubungi penipu, yang kemudiannya akan memikat mereka dengan janji pulangan yang tinggi, selalunya disokong oleh testimoni palsu.

Dalam sesetengah kes, mangsa dialihkan ke laman web pelaburan penipuan, di mana mereka perlu mendaftar dengan butiran peribadi mereka.

Mereka menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan hanya apabila mereka tidak dapat mengeluarkan keuntungan mereka yang sepatutnya atau menghubungi penipu.

Dalam keadaan lain, mangsa akan menerima panggilan telefon atau mesej daripada penipu yang menyamar sebagai kakitangan daripada syarikat pelaburan atau broker.

Sebaik sahaja mereka menunjukkan minat untuk melabur, mereka diberitahu supaya memuat turun perisian akses jauh ke peranti mereka, dengan alasan bahawa mereka akan menerima panduan tentang pelaburan.

Bagaimanapun, ia memberikan akses pintu belakang kepada penipu, yang kemudiannya boleh mengakses peranti mangsa dari jauh dan mengeluarkan wang daripada akaun bank mereka.

Penipu itu akan berpura-pura menjadi kakitangan daripada syarikat pelaburan atau broker untuk menipu mangsa mereka.

Polis menambah bahawa sekurang-kurangnya empat mangsa ditipu supaya membenarkan pengeluaran daripada akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.

Penipu mengarahkan mangsa log masuk ke Singpass mereka dan mengakses CPF mereka, dan menggunakan perisian capaian jauh untuk mengawal peranti mereka.

Apabila berbuat demikian, mereka sama ada akan membuat pengeluaran CPF atau membimbing mangsa untuk berbuat demikian dengan berkongsi skrin.

“Memandangkan pengeluaran CPF hanya boleh dibayar kepada akaun bank yang disahkan milik ahli CPF, penipu akan meminta mangsa supaya log masuk ke akaun bank mereka,” kata polis sambil menambah bahawa penipu memberi arahan untuk memindahkan wang yang dikeluarkan ke akaun bank lain.

Penipu juga kadangkala menukar kata laluan akaun, menambah penerima atau meningkatkan had pemindahan dana.

Menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat keputusan pelaburan, polis berkata mereka harus mengesahkan kesahihan peluang tersebut. Ini termasuk menyemak butiran syarikat untuk menilai sama ada ia tulen, serta mengesahkan kelayakannya dengan menggunakan sumber seperti Senarai Amaran Pelabur di laman web Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, kunjungi www.scamalert.sg atau hubungi talian anti-penipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >