Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perangai buruk dalam pesawat Scoot: Lelaki Australia dilarang masuk Filipina

Dec 05, 2023 | 07:12 PM



Seorang lelaki warga Australia diusir dari pesawat setelah ia mendarat di Manila pada 1 Disember dan dinafikan masuk ke Filipina kerana berkelahi dan menampar seorang penumpang lelaki semasa dalam penerbangan.

Lelaki itu memulakan perjalanannya dari Perth, Australia dengan menaiki penerbangan Scoot TR396 yang melakukan persinggahan di Singapura. Dalam perjalanan ke sini, dia didakwa menghina penumpang lain dan menuntut minuman daripada anak kapal, menurut akhbar New York Post.


Dia sekali lagi berkelakuan buruk dalam penerbangan ke Manila, dan setibanya di ibu kota itu, lelaki berkenaan bersemuka dan menampar seorang penumpang yang sedang merakam kejadian tersebut.

Dalam video yang tular dalam talian, tamparan lelaki itu kelihatan menyebabkan topi mangsa tertanggal dari kepalanya. Konfrontasi itu memuncak menjadi pergaduhan yang melibatkan beberapa penumpang lelaki lain.

Menurut laporan laman News.com.au, seorang lagi penumpang, yang berada di kedua-dua penerbangan antara Perth dengan Singapura, serta antara Singapura dengan Manila, berkata lelaki warga Australia itu lantang dan ganas semasa penerbangan ke Manila.


Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, jurucakap Scoot berkata “penumpang itu telah ditahan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan” sebaik tiba di Manila pada 1 Disember.


Dia “dinafikan masuk ke Filipina dan kembali ke Perth pada 2 Disember”.

Apabila ditanya sama ada terdapat sebarang protokol untuk keadaan sedemikian semasa penerbangan dan semasa persinggahan di Singapura, jurucakap Scoot berkata:

“Kami akan mengambil langkah sewajarnya terhadap mana-mana penumpang yang menimbulkan risiko kepada keselamatan pelanggan dan kakitangan kami.”

Scoot tidak menjawab pertanyaan sama ada anak kapal menyedari keadaan tersebut atau menerima aduan mengenai penumpang warga Australia itu semasa penerbangan ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >