Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks siasat kes seludup haiwan eksotik dalam penerbangan Scoot ke India

Nov 30, 2023 | 04:35 PM



NParks sedang menyiasat kes dakwaan penyeludupan haiwan di dalam pesawat Scoot yang berlepas dari Singapura ke India.

Sebagai respon kepada pertanyaan The Straits Times, Dr Anna Wong, pengarah perdagangan hidupan liar di NParks berkata pada Khamis, agensi itu dimaklumkan mengenai kes penyeludupan haiwan dalam penerbangan Scoot, TR540, yang berlepas dari Singapura pada 7 November.


Scoot berkata, ia menyedari kejadian melibatkan haiwan eksotik yang dibawa masuk ke Coimbatore, bandar kedua terbesar selepas Chennai di Tamil Nadu, selatan India, dan syarikat penerbangan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa.

Dr Wong berkata bahawa siasatan sedang dijalankan.

“Bagi mengimport dan eksport semua haiwan ke Singapura, ia memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada NParks.

“Selain itu, Singapura adalah di antara negara yang turut menandatangani persetujuan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Cites), dan komited terhadap usaha antarabangsa untuk membendung perdagangan hidupan liar secara haram,” tambahnya.

Import, eksport dan eksport semula spesimen Cites – yang termasuk haiwan hidup, bahagian haiwan dan produk berasaskan haiwan – dikawal melalui permit yang dikeluarkan hanya apabila syarat perdagangan tertentu dipenuhi.

Akhbar The Times of India melaporkan pada 10 November bahawa pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Coimbatore, telah menemui haiwan eksotik itu dalam tiga bagasi yang tidak dituntut, di bahagian tuntutan bagasi.


Haiwan yang ditemui itu, termasuk spesies tarantula (iaitu laba-laba besar yang berbulu) yang eksotik, spesies kura-kura seperti slider telinga merah albino, slider telinga merah, dan kura-kura pacu Afrika serta ular sawa raja (iaitu sejenis ular sawa yang tidak berbisa).


Kakitangan syarikat penerbangan menghubungi tiga penumpang melalui telefon, berhubung beg yang tidak dituntut itu, kata Times of India.


Dua lelaki, yang hanya dikenali sebagai Dominic dan Ramasamy, telah ditahan oleh pegawai kastam untuk disoal siasat.

Siasatan awal telah mendedahkan bahawa ketiga-tiga mereka berniat untuk menyeludup haiwan dari Singapura sebagai sebahagian daripada perdagangan haiwan peliharaan haram.

Pegawai dari Perkhidmatan Perhutanan India juga terlibat dalam siasatan.

Di Singapura, pesalah kali pertama yang ditangkap mengimport atau mengeksport mana-mana haiwan atau burung tanpa lesen, boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga $10,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >