Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pertandingan tiga penjuru di Pulai, Simpang Jeram

Aug 26, 2023 | 05:53 PM



JOHOR BAHRU: Pertandingan bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bermula pada Sabtu dengan penamaan calon seawal 9 pagi.


Pilihan raya ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), calon Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas sebaik sesi penamaan calon selesai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Bagi pertandingan kerusi Parlimen Pulai, mewakili PH ialah bekas speaker DUN Johor, Encik Suhaizan Kayat, yang akan menentang ahli perniagaan calon PN, Encik Zulkifli Jaafar, yang juga timbalan ketua Pulai Bersatu.

Sementara itu, Encik Samsudin Mohamad Fauzi pula akan bertanding sebagai calon bebas.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yakin calon PH yang mewakili gabungan PH-BN mampu menang dengan mudah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Datuk Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata ini hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu, selain jalinan hubungan sedia ada antara kepimpinan UMNO di bahagian berkenaan dengan akar umbi PH.

“Untuk Pulai, saya mempunyai keyakinan kuat (mampu menang) kerana Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ada hubungan baik sekian lama dengan rakan-rakan PH walaupun sembilan bulan lepas kita bertempur.

“Tetapi sekarang, beberapa program sudah disusun oleh beliau untuk menyatukan kedua-dua jentera. Selain itu, Allahyarham sendiri sering menyantuni ahli UMNO, jadi di Pulai ini agak mudah,” katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Sanusi Md Nor yang mendakwa UMNO bakal berkubur dalam PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Datuk Ahmad Zahid berkata beliau enggan melayan provokasi pemimpin PAS itu.

Bagi kerusi DUN Simpang Jeram pula, PH menampilkan bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM), Encik Nazri Abd Rahman, sebagai calon sementara PN diwakili pakar bedah, Dr Mohd Mazri Yahya.

Calon bebas, Encik S Jegananthan, juga akan bertanding bagi kerusi DUN Simpang Jeram itu.

Mengumumkan senarai calon itu selepas selesai semakan proses penamaan calon, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Encik Jamil Hasni Abdullah, berkata:

“Saya telah menyemak kertas penamaan dan setelah disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada yang ditolak kertas penamaan.”

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai akibat pendarahan otak.

Allahyarham memenangi kerusi DUN Simpang Jeram sejak 2018 sebelum berjaya mempertahannya sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac 2022.

DUN Simpang Jeram mempunyai 40,379 orang pemilih dengan 40,373 daripadanya adalah pengundi biasa manakala enam lagi pengundi tidak hadir luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh undi awal pada 5 September, manakala hari pengundian pada 9 September. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >