Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pihak berkuasa siasat dalang penipuan pembekalan beras di M’sia

Oct 09, 2023 | 06:16 PM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan dipercayai penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta ($29 juta) di Kedah membabitkan sebuah syarikat.

Dengan itu SPRM akan memulakan siasatan kepincangan dalam pengedaran beras negara.

Difahamkan, kegiatan penipuan di Kedah itu terbongkar apabila SPRM mengesan berlaku aktiviti mencurigakan dan berunsur rasuah membabitkan satu syarikat.

Syarikat berkenaan mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin, Hashim ketika dihubungi Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Sementara itu menurut sumber, berdasarkan kontrak itu, syarikat berkenaan membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek beberapa tahun lalu.

Katanya pengarah syarikat itu bagaimanapun berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun.

“Ia bernilai lebih RM100 juta namun pembekalan itu tidak dibuat. Syarikat terbabit juga dikatakan sudah menerima jumlah kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi.

“Suspek juga dikatakan sudah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan (teks) palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman,” katanya lapor BHM pada Isnin.

Pada 30 September lalu, BHM melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memberi jaminan akan segera ‘masuk’ menyiasat sekiranya mengesan kepincangan dalam isu pembekalan beras negara.

Beliau berkata unsur rasuah dalam isu berkenaan akan diteliti sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Saya memberi jaminan sekiranya terdapat pihak yang terbabit dalam unsur rasuah dalam pembekalan beras, kita akan mengambil tindakan.

“Setakat ini, SPRM tidak menerima laporan berhubung salah laku dan unsur rasuah berkaitan isu itu,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan isu kekurangan bekalan beras negara disebabkan salah laku oleh penguat kuasa terbabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >