Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Harga padi turun RM500, pesawah lahir rasa kurang puas hati

Oct 09, 2023 | 11:58 AM



ALOR SETAR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) mendakwa kemungkinan berlaku campur tangan kartel dalam menentukan harga belian padi sehingga menyebabkan harga turun kepada RM1,200 ($347.55) satu tan ketika ini.


Pengerusi PeSAWAH, Encik Mohd Fuad Yaacob, berkata adalah mengejutkan apabila harga belian padi di kilang pada RM1,700 satu tan secara tiba-tiba diarahkan turun kepada RM1,200 mulai 3 Oktober lalu.

Jelasnya, perkara itu adalah bertentangan kenyataan Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, pada September lalu, yang mengarahkan pihak Padiberas Nasional Berhad (Bernas) membeli padi pada harga RM1,600 satu tan.

“Dalam pertemuan Azman bersama wakil peladang, pengilang, wakil Bernas, petani, pengeluar benih padi sah dan agensi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), beliau mengarahkan Bernas beli padi pada harga RM1,600 satu tan.

“Disebabkan itu kami berpendapat penurunan harga padi kepada RM1,200 ini berkemungkinan arahan Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras... adakah ini menunjukkan pihak berkuasa itu tunduk kepada kartel padi?” katanya pada satu sidang media, lapor Berita Harian Malaysia


Terdahulu hampir 200 pesawah berkumpul di Kampung Lahar Budi di Alor Setar, bagi mengadakan bantahan aman mendesak kerajaan campur tangan agar harga belian padi musim ini dikekalkan pada harga RM1,700 satu tan.

Mengulas lanjut, Encik Mohd Fuad berkata harga belian itu harus dikekalkan pada musim menuai tahun ini bagi mengelak ada pesawah berasa teraniaya kerana ada antara mereka sempat menjual pada harga RM1,700 sedangkan ada yang belum sempat menuai tanaman.

Selepas musim ini, kerajaan mungkin boleh menetapkan harga lantai belian padi pada harga sekurang-kurangnya RM1,500 dan mengelak berlakunya permainan harga yang dikatakan dikawal pihak tertentu.

“Suatu kajian mengenai harga siling beras tempatan yang ditetapkan pada RM26 sekilogram perlu dibuat kerana harga itu ditetapkan 10 tahun lalu dan tidak lagi sesuai digunakan mengikut keadaan semasa ketika ini.

“Begitu juga harga belian padi RM1,200 akan kekal 10 tahun lagi sedangkan kos pengeluaran padi semakin naik. Disebabkan itu saya merayu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berbincang bersama pemegang taruh dan berunding demi masa depan pesawah,” katanya.

Sementara itu, Exco Tugas Tugas Khas PeSAWAH, Encik Abdul Rashid Yob, berkata majoriti pesawah kecewa dengan kecelaruan dalam industri padi dan beras negara yang dianggap mencapai tahap kronik ketika ini.

Katanya, belum lagi selesai isu ‘kehilangan’ beras putih tempatan (BPT) di pasaran akibat eksploitasi di peringkat kilang dan borong, harga belian padi pula jatuh mendadak daripada sekitar RM1,700 beberapa bulan lalu, kepada harga minimum RM1,200 dalam masa beberapa hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >