Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI MALAYSIA

PKR umum 58 calon, kekalkan MB Selangor, Negeri Sembilan

Jul 23, 2023 | 02:32 PM



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan 58 calon daripada parti itu akan bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kesemua enam negeri pada 12 Ogos.

Pengumuman itu dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

PKR meletakkan 20 calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diikuti Pulau Pinang (13), Kedah (10), Negeri Sembilan (6), Kelantan (6) dan Terengganu (3).

Turut diumumkan, Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, akan mempertahankan kerusi yang disandangnya di DUN Sungai Tua.

Datuk Anwar turut memaklumkan kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan akan dibincangkan sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRN akan datang.

Beliau berkata cadangan mengekalkan Datuk Aminuddin sebagai Menteri Besar juga sudah dibincangkan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Wajar kita pertahankan beliau selaku Menteri Besar. Saudara Aminudin lebih banyak kerja dan usahanya dalam program-program rakyat.

“Tidak ada ruang untuk orang menyatakan menteri besar ini sukar ditemui atau tidak disantuni,” kata Datuk Anwar, lapor Malaysiakini.


Dalam pada itu, Datuk Anwar berkata PKR turut menyambut baik keputusan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mencalonkan semula Encik Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.

“PKR menyambut baik keputusan itu kerana prestasi beliau mengangkat dan menjamin kemajuan pertumbuhan negeri Pulau Pinang dan cara beliau menyantuni rakyat semua kaum termasuk orang Melayu.

“Berbeza dengan pandangan kita dengar yang cuba mencerca dan menghina DAP. Kita lihat watak dan ketokohan Chow seorang yang prihatin dan sentiasa bekerja untuk orang Cina, Melayu, India di Pulau Pinang,” katanya.

Di Terengganu, Datuk Anwar berkata bekas pengerusi PKR Terengganu, Encik Azan Ismail, akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, yang akan diadakan serentak pada 12 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos, penamaan calon pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengambil pendirian tidak akan menyertai PRN membabitkan enam negeri kali ini, lapor Berita Harian Malaysia.


Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata parti itu sebaliknya akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan bagi menyertai Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >