PM Kemboja mahu selesai konflik secara aman dengan Thai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Kemboja mahu selesai konflik secara aman dengan Thai

Thai telah tuduh Kemboja lepaskan bom tangan pada 24 Feb, sesuatu yang dinafikan Phnom Penh
Feb 26, 2026 | 12:38 PM

PM Kemboja mahu selesai konflik secara aman dengan Thai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Hun Manet Brussels, Konflik sempadan Thailand-Kemboja 2026, Gencatan senjata Disember, Isu sempadan Perancis-Kemboja, Donald Trump perantara damai, Hubungan diplomatik Thailand Kemboja, Berita antarabangsa Kemboja
Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Manet, berkata Phnom Penh mahu ketegangan ekoran konflik sempadan dengan Thailand kembali reda. - Foto AFP

BRUSSELS: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet berkata pada 25 Februari bahawa Phnom Penh mahukan penurunan ketegangan dan penyelesaian aman terhadap konflik sempadannya dengan Thailand.

Beliau menzahirkan demikian selepas Bangkok pada 24 Februari menuduh jirannya melanggar gencatan senjata yang dikuat kuasakan sejak Disember.

Pertikaian sempadan kedua-dua negara yang berlarutan selama beberapa dekad itu meletus menjadi beberapa pusingan pertempuran pada 2025, membunuh berpuluh-puluh orang dan menyebabkan lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal pada Julai dan Disember.

“Kami tidak meningkatkan ketegangan. Kami mahukan penurunan ketegangan. Kami mahukan kewujudan bersama secara aman,” kata Encik Hun Manet kepada AFP di Brussels, dalam satu temu bual media antarabangsa yang jarang berlaku.

Tentera Thailand menuduh tentera Kemboja melepaskan bom tangan berhampiran pasukan peronda Thailand pada 24 Februari, menyebabkan tembakan balas – sesuatu yang dinafikan oleh Phnom Penh.

Kemboja berkata pasukan tentera Thailand telah menawan beberapa kawasan di wilayah sempadan dan telah menuntut pengunduran mereka.

Bangkok menegaskan ia hanya menuntut semula tanah yang merupakan sebahagian daripada Thailand dan telah diduduki oleh rakyat Kemboja selama bertahun-tahun.

Encik Hun Manet enggan menyatakan berapa banyak tanah yang telah dirampas oleh tentera Thailand, tetapi berkata mereka telah meneroka “jauh lebih jauh” daripada apa yang dikatakan oleh Bangkok sebagai sempadan antara kedua-dua negara.

Ditanya sama ada tentera Kemboja akan bertindak untuk mendapatkan semula wilayah yang dirampas itu, beliau berkata: “Kami sentiasa berpegang pada penyelesaian damai yang mengurangkan ketegangan.”

Konflik sempadan yang telah berlangsung selama satu abad itu berpunca daripada pertikaian mengenai penandaan sempadan mereka sepanjang 800 kilometer pada zaman penjajahan Perancis.

Phnom Penh telah meminta bantuan dan akses kepada dokumen dan peta sejarah Perancis dalam usaha untuk menyelesaikan isu tersebut, dan meminta suruhanjaya sempadan bersama untuk menyambung semula kerja mengenainya.

“Apa pun hasil” proses itu, Kemboja bersedia untuk “menerimanya”, kata Encik Hun Manet, sambil menambah beliau berharap “Thailand juga mempunyai pendirian yang sama”.

Beliau yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada bapanya Encik Hun Sen pada 2023, berkata beliau bimbang terhadap situasi sempadan yang menurutnya “tidak stabil” dan “rapuh”.

Perdana Menteri berada di ibu negara Belgium dan Kesatuan Eropah sebagai sebahagian daripada lawatan untuk mengukuhkan sokongan diplomatik yang turut membawanya ke Washington dan Geneva.

Encik Hun Manet berkata usaha Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menjadi perantara gencatan senjata antara negaranya dengan Thailand memainkan peranan dalam keputusan Phnom Penh untuk menyertai Lembaga Keamanan.

Menurutnya, Kemboja percaya kepada matlamat badan baru itu untuk menggalakkan keamanan dan menyertai lembaga itu bukan kerana ingin menggembirakan Presiden Trump. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg