Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PN rancang tanding semua 40 kerusi di Pulau Pinang

Jun 16, 2023 | 02:12 PM



GEORGE TOWN: Perikatan Nasional akan melancarkan ‘serangan’ dengan bertanding untuk semua 40 kerusi di “jerumun singa” Pulau Pinang, tempat Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan.


Timbalan pengerusi Perikatan Pulau Pinang, Encik Oh Tong Keong, berkata ia mempunyai cukup calon yang layak bersemuka di tengah-tengah jerumun musuh politiknya.

Dalam pilihan raya pada 2018, yang diadakan seiring dengan Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan menang 37 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang.

Encik Oh berkata Gerakan akan bertanding sekurang-kurangnya 13 kerusi manakala 15 kerusi majoriti Melayu akan ditandingi rakan gabungan PAS dan Bersatu.

Tambahnya, baki 12 kerusi bagi kawasan undi bercampur dan majoriti Cina masih dalam rundingan.

“Kami akan menempatkan calon di semua kerusi di sini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk meyakinkan pengundi bahawa kami boleh melakukan yang lebih baik untuk Pulau Pinang,” katanya.

Pada Ahad, Encik Oh, yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, berkata partinya akan bertanding di Pulau Tikus, Pantai Jerejak, Kebun Bunga, Padang Kota, Batu Lanchang dan lapan kerusi lain di Pulau Pinang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Encik Bukhori Ghazali, berkata rundingan bagi kerusi majoriti Melayu sudah lebih kurang selesai, kecuali satu atau dua.

“Mengenai 15 kerusi majoriti Melayu, saya katakan bahawa kedua-dua PAS dan Bersatu akan mendapat jumlah kerusi yang hampir sama untuk ditandingi.”

“Keputusan muktamad akan dibuat oleh majlis syura PAS dan pimpinan Perikatan di peringkat persekutuan,” katanya.

Ketua divisyen Kepala Batas PAS berkata perbincangan masih diteruskan untuk kerusi campuran kaum seperti Machang Bubok, Sungai Pinang dan Batu Maung.

“Ia masih boleh menjadi milik sesiapa sahaja kerana keputusan muktamad belum dibuat mengenai kerusi-kerusi ini. Dari segi sokongan, terdapat sebilangan besar penyokong Pakatan yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Umno dan DAP.”

“Ini satu perkembangan positif untuk kami. Ia masih belum jelas sama ada ini boleh menjadi undian untuk kami,” kata Encik Bukhori.

Sementara itu, sumber dalam Pakatan mendedahkan berlaku perebutan antara Umno, Amanah dan PKR untuk beberapa kerusi.

Sumber itu berkata selain mempertahankan Sungai Dua dan Permatang Berangan, yang dimenanginya pada pilihan raya 2018, Umno juga telah menyasarkan Bertam, Penaga, Teluk Bahang dan Seberang Jaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >