Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis akan bertindak ke atas Himpunan Aman Selamatkan Malaysia

Sep 15, 2023 | 02:31 PM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak mengikut undang-undang ke atas pihak ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dianjurkan kumpulan pembangkang pada sambutan Hari Malaysia, pada Sabtu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan himpunan itu menunjukkan rasa tidak hormat terhadap amalan hidup toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.

“Menganjurkan perhimpunan itu pada hari negara menyambut Hari Malaysia (hari penbentukan Malaysia), disifatkan tidak menghormati semangat saling hormat dan kepatuhan kepada undang-undang.

“Mereka juga tidak menghormati kelompok daripada rakan-rakan kita di Sabah, Sarawak, yang mana tarikh itu amat penting sekali kepada mereka. Sebaiknya jangan pilih 16 September kerana itu tarikh sambutan Hari Malaysia.

“(PDRM) tahu mengenai perhimpunan itu dan akan bertindak mengikut undang-undang,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia.


Kumpulan pembangkang berkeras meneruskan himpunan aman berkenaan yang dijadualkan pada Sabtu, bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, walaupun mendapat tentangan banyak pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan berkata penganjur himpunan itu didapati tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA). Pihak penganjur tidak menyatakan beberapa butiran penting dalam notis pemakluman awal mereka.

“Mereka tidak menyatakan butiran penting seperti nama penganjur perhimpunan serta lokasi tempat berhimpun. Bagaimanakah perkara penting seperti ini tidak diambil peduli oleh pihak penganjur yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam mengadakan demonstrasi sebelum ini,” katanya.

Datuk Mohd Shuhaily berkata tanpa pengesahan jelas daripada penganjur, ini boleh membawa kepada pelbagai masalah termasuk kesulitan kepada pengguna jalan raya dan orang awam.

“Kami berharap penganjur dapat lebih bertanggungjawab dalam isu ini dan pihak polis belum lagi berada dalam tahap untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang pihak tertentu daripada berada di mana-mana kawasan tertentu.


“Polis tidak mahu bertindak keterlaluan, kami akan menyediakan keanggotaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.


Katanya, penganjur juga perlu tahu implikasi undang-undang dan ini bukan kali pertama bagi mereka terbabit dalam perhimpunan.


Penyelaras himpunan berkenaan, Encik Badrul Hisham Shaharin, berkata Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia memutuskan meneruskan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau berkata sekretariat berkenaan yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO), individu, dan parti politik bersetuju dengan asas dan prinsip mengembalikan semula integriti dan maruah negara yang tercalar akibat pelepasan tanpa bebas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >