Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis berkas suspek kes bunuh budak di Sabah, rampas parang

Sep 25, 2023 | 01:01 PM



LAHAD DATU (Sabah): Lelaki yang disyaki menetak mati seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di rumah pekerja Felda Sahabat 30, berjaya diberkas pada Ahad lalu, selepas kira-kira 12 jam diburu polis.


Suspek yang juga warga asing berusia 33 tahun, ditahan sepasukan Polis Bantuan Felda di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, kira-kira 7 pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (AC) Dr Rohan Shah Ahmad, berkata sebelumnya Polis Bantuan Felda yang bertindak atas maklumat berhubung kes pembunuhan itu, telah mempertingkat rondaan di kawasan terbabit.

“Hasilnya, Polis Bantuan Felda berjaya mengesan suspek berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah membuat tangkapan ke atas suspek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Hasil soal siasat, katanya, suspek mendedahkan lokasi senjata berupa parang yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

Dengan bantuan Unit Anjing Pengesan IPD Lahad Datu, beliau berkata polis kemudian menemui dan merampas sebilah parang berukuran 0.5 meter di kawasan semak tepi jalan Ladang FGV PM Sahabat 41.

“Jarak dari tempat kejadian ke lokasi tangkapan adalah dalam anggaran 2 kilometer (km), manakala jarak dari tempat kejadian ke lokasi senjata parang ditemui adalah dalam anggaran hampir 2.5 km.

“Jarak dari lokasi tangkapan ke tempat senjata parang ditemui pula dalam anggaran 500 meter,” katanya sambil memaklumkan bahawa suspek dibawa ke Mahkamah Lahad Datu, Isnin, bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Sabtu itu, mangsa ditemui maut dipercayai akibat ditetak rakan bapa tirinya, di halaman kediaman mereka di perumahan pekerja Felda Sahabat 30.

Kanak-kanak lelaki warga asing itu dikatakan ditinggalkan bersama suspek berikutan ibu bapa mangsa keluar bekerja di ladang kelapa sawit berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >