Polis M’sia buru pemandu pecut di CIQ ke arah S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis M’sia buru pemandu pecut di CIQ ke arah S’pura

Feb 23, 2026 | 6:17 PM

Polis M’sia buru pemandu pecut di CIQ ke arah S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
polis, rempuh, Tg Kupang, S’pura, pemandu rempuh imigresen Tanjung Kupang, polis buru pemandu rempuh KSAB, insiden imigresen Johor Singapura, keselamatan sempadan Malaysia Singapura, rempuh palang imigresen, berita polis Johor, Kompleks Sultan Abu Bakar rempuh
Video tular di media sosial memaparkan kereta berdaftar Malaysia dikejar polis bantuan. - Foto FACEBOOK MALAYSIA-SINGAPORE BORDER CROSSERS

ISKANDAR PUTERI: Pihak Polis Malaysia sedang mengesan seorang pemandu yang memandu secara melulu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sebelum memecut ke arah Singapura.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya M Kumarasan, berkata anggota polis bantuan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang melaporkan kejadian yang berlaku pada 2.40 petang, 22 Februari.

“Sebuah kereta berdaftar Malaysia memasuki lorong kenderaan berat di Pintu C untuk keluar dari Malaysia menuju ke Singapura.

“Apabila diarahkan membuat pusingan-U ke lorong kereta, suspek enggan memberi kerjasama.

“Sebaliknya, suspek memecut dan merempuh palang serta empat kon trafik sebelum memecut ke arah pintu keluar ke Singapura,” katanya dalam kenyataan pada 23 Februari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, yang membawa hukuman penjara antara satu dengan lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Di samping itu, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan berbahaya.

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, dikenakan denda antara RM5,000 ($1,630) dengan RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu.

Encik Kumarasan berkata usaha menjejaki suspek masih berterusan, sambil menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang demi melindungi harta awam dan keselamatan jalan raya.

Beliau turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran.

Terdahulu, klip video selama 34 saat tular di media sosial memaparkan kereta berdaftar Malaysia dipandu laju di lorong bertentangan sambil dikejar polis bantuan.

Video itu meraih 204,000 tontonan setakat tengah hari 23 Februari, lapor The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg