Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shell, Caltex naikkan harga pam di S’pura

Jul 07, 2023 | 05:01 PM



Pembekal minyak Shell dan Caltex telah menaikkan harga petrol masing-masing sehingga 5 sen setiap liter berbanding pengendali lain.

Harga sebelum diskaun, minyak popular 95-octane kini berada pada $2.79 setiap liter di Caltex dan $2.96 di Shell.

Ia dijual pada harga $2.75 setiap liter di Esso dan $2.74 di SPC.

Petrol gred 92-octane pula dijual pada harga $2.74 setiap liter di Caltex, $2.70 di Esso dan SPC.

Shell dan Sinopec tidak menawarkan gred minyak ini.

Minyak gred 98-octane dijual pada harga $3.25 setiap liter di Shell berbanding $3.22 di tempat lain.

Gred minyak premium 98-octane itu berharga $3.45 di Caltex, $3.35 di Sinopec dan $3.25 di Shell, yang kini sedang dijual di bawah harga promosi berdasarkan jenis minyak 98-octane biasa.

Sementara itu minyak diesel paling mahal dijual adalah di Caltex pada harga $2.40 setiap liter berbanding $2.37 di Shell, $2.36 di Esso dan SPC dan $2.35 di Sinopec.

Kedua-dua Shell dan Caltex telah mengubah harga sejak dua bulan lalu, sementara baki tiga pesaing lain belum lagi mengubah harganya sejak bulan lalu hingga sekarang.

Kenaikan harga di Shell dan Caltex itu muncul sementara harga minyak rata-rata melihat kemerosotan.

Sebagai anggaran, harga minyak mentah Brent kini dijual pada harga AS$76 ($102) setiap tong – jatuh daripada harga rekod tertinggi 2023 sehingga kini pada AS$89 ($120) setiap tong pada Februari.

Selepas diskaun, harga minyak 95-octane berada dalam lingkungan $2.16 setiap liter di Sinopec hingga secara purata $2.35 setiap liter di Shell.

Harga petrol 92-octane pula adalah purata $2.28 setiap liter di Esso (dengan menggunakan kad DBS Esso) kepada $2.30 di SPC.

Jenis minyak biasa gred 98-octane melihat harganya ditetapkan pada $2.53 di Sinopec kepada purata $2.76 di Shell.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >