Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia tidak akan kompromi kes pegawai penyangak

Oct 05, 2023 | 12:52 PM



PETALING JAYA: Hanya dalam tempoh 10 minggu, hampir 70 anggota polis Malaysia telah ditahan kerana didakwa melakukan salah laku dalam kes yang dilaporkan di seluruh negara.


Pegawai polis itu diberkas berkaitan enam kes di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Antara jenayah yang didakwa dilakukan mereka ialah penculikan, kecurian, pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dalam satu laporan berita baru-baru ini berkata antara Januari dengan Julai, seramai 62 anggota telah diberhentikan khidmat daripada pasukan itu, manakala ratusan lain dihukum dengan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata pada 2022, seramai 154 pegawai dan anggota berpangkat dan pegawai telah dipecat daripada sejumlah 135,000 anggota polis di negara itu, berbanding 117 pada 2021.

Kes baru-baru ini pada 26 September membabitkan lima anggota polis, termasuk seorang pegawai bertanggungjawab satu balai polis (OCS), yang ditahan di Cheras, Kuala Lumpur, kerana menculik, mengurung secara salah dan menyerang.

Hanya sehari sebelum itu, Datuk Ayob Khan telah memberi amaran kepada anggota pasukan itu supaya berkelakuan baik dan tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

Beliau juga berkata kes anggota polis penyangak semakin meningkat dan mengingatkan anggota bahawa tindakan akan diambil terhadap pegawai atasan yang menutup mata terhadap kesalahan orang bawahan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >