Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRN M’sia: Yang menang, sila beri khidmat terbaik kepada rakyat

Aug 12, 2023 | 03:46 PM



Mahu kerajaan negeri yang stabil, adil dan kotakan janji serta dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan memakmurkan ekonomi negeri.

Demikian senada suara harapan pengundi yang ditemui Berita Harian (BH) selepas mereka selesai membuang undi di pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Sabtu.


Tinjauan BH ke beberapa pusat pengundian di Gombak, Selangor, mendapati pengundi pelbagai peringkat usia termasuk golongan muda dan orang kelainan upaya menyahut seruan agar keluar mengundi awal.

Bagi Cik Aisyah Farahin Norhisham, 20 tahun, yang mengundi buat kali kedua selepas pengalaman pertama pada pilihan raya umum ke-15 lalu, PRN ini lebih bermakna buatnya kerana lebih memahami perjalanan politik tanah air.

“Insya-Allah saya harap sudah buat pilihan tepat. Semoga kerajaan baru nanti akan memberi khidmat terbaik kepada rakyat terutama soal kebajikan dan merancakkan ekonomi negeri ke tahap lebih baik,” katanya.

Pekerja swasta, Cik Khoo Lay Ching, 48 tahun dari Batu Caves juga berharap kepimpinan baru akan membentuk kerajaan yang lebih stabil, mempunyai visi lebih jauh untuk memacu ekonomi Selangor dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyatnya.

“Saya semangat keluar mengundi awal walaupun jalan agak sesak. Kini lega sudah tunai tanggungjawab. Cuma berserah menunggu keputusan dan berharap pihak yang menang akan buat kerja dengan lebih baik,” katanya.

Orang kelainan upaya (OKU), Encik S Tamirasan, 35 tahun, dari Gombak yang berkerusi roda kerana penyakit yang dihidapi sejak kecil, berharap kerajaan dapat membantu golongan sepertinya supaya berupaya meningkatkan kemampuan diri sekali gus menyumbang kepada negara.

Cik Latifah Noor Ali, 60 tahun, bersama jirannya, Cik Asparila Hashim, 60 tahun, dan anak perempuan Cik Asparila, Cik Azrima Aziz, 30 tahun, sepakat mahu kerajaan yang diberi mandat nanti memberi fokus memulihkan ekonomi dan mengatasi isu kos sara hidup rakyat.

“Kita sudah buat pilihan, selebihnya berserah pada Allah. Semoga kerajaan yang diberi mandat nanti tingkatkan usaha rancakkan ekonomi kerana kini rakyat terkesan dengan peningkatan harga barang dan kos hidup,” kata Cik Azrima yang bekerja sebagai pengurus kewangan.

Sementara itu petugas pilihan raya, Encik Muhammad Syafiq Syafrizal, 23 tahun, berkata pengundi mula memenuhi pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Gombak seawal 7 pagi kerana mahu jadi yang pertama mengundi.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Kita harap cuaca redup kekal hingga ke tempoh akhir pengundian. Semua pengundi memberi kerjasama baik untuk melancarkan perjalanan mengundi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >