Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PRN: Zahid terima ‘tanggungjawab penuh’ bagi keputusan suram Umno

Aug 15, 2023 | 04:08 PM



PETALING JAYA: Menerima “tanggungjawab penuh” bagi persembahan buruk Umno dalam pilihan raya negeri (PRN) enam negeri pada Sabtu lalu, presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah berjanji untuk memperbaiki nasib parti.


Namun beliau tidak menyatakan jika itu bermakna beliau akan melepaskan jawatannya.

“Saya sedar tentang ada gesaan sebegitu (untuk beliau berundur). Apa yang saya boleh ikrarkan ialah saya, dengan bantuan kepimpinan parti, akan melakukan lebih banyak lagi untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

“Kami akan meneliti pendekatan dan strategi kami. Kami akan gunakan yang baru supaya kami boleh memenangi hati dan minda pengundi sekali lagi,” katanya kepada The Star.


Terdapat gesaan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai presiden Umno susulan prestasi Umno yang buruk pada PRN 12 Ogos lalu apabila parti itu hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya.

Umno tewas semua kerusi yang ditandinginya di Terengganu dan Kedah, hanya menang dua di Pulau Pinang dan Selangor, dan satu di Kelantan, walaupun mencatat keputusan lebih baik di Negeri Sembilan dengan 14 kerusi.

Datuk Zahid menyatakan beliau sedar ada pihak dalam Umno yang mahukan beliau bertanggungjawab dengan melepaskan jawatannya.

“Ini bukan kali pertama presiden Umno didesak untuk berundur. Ia pernah berlaku sebelum ini, termasuk kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan juga kepada Najib (Tun Razak) apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kami,” katanya.

Tun Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno pada 2009, setahun selepas pilihan raya umum ke-12, di mana gabungan kerajaan ketika itu, Barisan Nasional (BN), menunjukkan prestasi buruk. Umno adalah parti utama BN.

Pada 2018, Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno selepas BN kalah dalam pilihan raya umum.

“Walaupun saya bertanggungjawab terhadap keputusan pilihan raya, seperti yang dikatakan (naib presiden) Johari (Abdul Ghani), ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kepimpinan Umno,” katanya.

Datuk Johari, salah seorang daripada tiga naib presiden Umno, berkata semua pemimpin Umno mesti memikul tanggungjawab ke atas prestasi buruk BN.

Datuk Zahid berkata antara isu yang perlu ditangani ialah kerjasama parti itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam apa yang dipanggil Kerajaan Perpaduan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >