Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Raja Muda Selangor tawan Kilimanjaro, misi tubuh pusat jagaan orang kurang upaya

Sep 09, 2023 | 02:58 PM



SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluki puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania, pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan rasmi Selangor Royal Office, ekspedisi cetusan Tengku Amir Shah itu bertujuan mengumpul dana bagi menubuhkan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

“Ekspedisi pendakian Tengku Amir Shah ke puncak Gunung Kilimanjaro adalah setinggi 5,895 meter.

“Baginda diiringi sepupunya, Engku Panglima Setia Diraja Datuk Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar baginda, Datuk Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh.

“Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos 2023 lalu, adalah berpunca daripada kos rawatan tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

“Ini termasuk anak perempuan kepada Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia 3 tahun,” menurut kenyataan itu.

Pada tahun 2012, ekspedisi pendakian hampir sama ke Gunung Kinabalu, Sabah yang turut disertai Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) dari Cheshire Home. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >