Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rosmah mahu tuduhan ubah wang haram, elak cukai dibatal

Sep 07, 2023 | 01:50 PM



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor telah memfailkan permohonan membatalkan kesemua 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya yang sedang dibicarakan.


Dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada Rabu, isteri bekas perdana menteri Malaysia Najib Tun Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara, itu berkata pertuduhan terhadapnya tidak berasas, cacat dan pramatang.

Datin Rosmah menambah dalam afidavitnya bahawa mahkamah jenayah bukan forum sesuai untuk menentukan sama ada jumlah wang yang diterimanya boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan.

“Sekiranya mahkamah jenayah meneruskan dapatannya (sama ada wang itu boleh dikenakan cukai), mahkamah mengambil alih fungsi Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, yang merupakan badan yang diberi kuasa di bawah undang-undang bertulis,” katanya, lapor akhbar The Star.


Datin Rosmah, 71 tahun, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 ($2,071,357), dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei, 2018. Pada 4 Oktober 2018, beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi mensabitkan Datin Rosmah bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah di Sarawak.

Beliau dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta dan kini diikat jamin sementara menunggu rayuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >