Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi buka permohonan lesen tawar khidmat bagi jemaah haji asing

Nov 24, 2023 | 11:16 AM



JEDDAH: Dalam usaha memperkaya pengalaman keseluruhan jemaah individu yang melaksanakan rukun Islam kelima, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah membuka pintu kepada syarikat-syarikat untuk mendapatkan lesen bagi menyediakan perkhidmatan kepada jemaah haji asing.


Daya usaha itu merupakan langkah strategik kementerian tersebut dalam memastikan mutu dan keberkesanan perkhidmatan sepanjang tempoh musim haji.

Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Haji, Encik Ayed Algwinm, dalam laporannya dalam Saudi Gazette, menjelaskan tujuan di sebalik daya usaha itu adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji asing.


Beliau menekankan pentingnya peluasan rangkaian perkhidmatan yang disediakan dan bagaimana ia dapat meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah haji dalam melaksanakan ibadah haji.

Permohonan untuk lesen tersebut akan diterima melalui wadah elektronik yang telah disediakan oleh kementerian. Ia boleh diakses di laman web, https://ehaj.haj.gov.sa.

Proses permohonan itu akan dibuka hingga 5 Disember, memberi ruang kepada syarikat yang berminat untuk menyertai dan menyumbang kepada peningkatan mutu layanan haji.

Kementerian juga menetapkan piawaian tinggi dalam penyediaan perkhidmatan itu, yang merangkumi aspek seperti penginapan, makanan, pengangkutan dan juga menangani keperluan khusus jemaah haji.

Mereka menekankan pentingnya perkhidmatan bermutu tinggi dan menyeluruh, yang memenuhi aspek kuantitatif dan kualitatif.

Dengan daya usaha itu, kementerian berharap dapat memupuk daya saing yang berkesan antara syarikat penyedia perkhidmatan, serta mampu memenuhi pelbagai keperluan dengan harapan jemaah haji dari pelbagai negara.

Kementerian menggalakkan syarikat yang berminat supaya mengemukakan permohonan mereka secepat mungkin, dengan mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan dalam dokumen tender.

“Matlamat utama program ini adalah untuk mencapai taraf yang lebih tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang, yang tidak hanya memenuhi, bahkan melebihi harapan jemaah haji.

“Dengan memastikan pematuhan terhadap syarat dan spesifikasi yang ketat, program ini diharap dapat meningkatkan pengalaman ziarah bagi jemaah, menjadikan perjalanan haji mereka pengalaman yang berkesan dan tidak dapat dilupakan.

“Program ini juga mencerminkan komitmen kementerian dalam meningkatkan standard perkhidmatan haji, seiring dengan pertumbuhan jumlah jemaah haji dari tahun ke tahun.

“Daya usaha ini diharapkan akan membawa perubahan baru dalam penyelenggaraan ibadah haji, menjadikannya lebih cekap dan menyenangkan bagi jemaah haji dari seluruh dunia,” tambah Encik Ayed. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >