Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Saya tak campur tangan pelepasan Zahid: Anwar

Ujar Pejabat Peguam Negara punya kuasa penuh terhadap kes
Sep 06, 2023 | 12:45 PM



JAKARTA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan beliau campur tangan dalam urusan Jabatan Peguam Negara (JPN) menghentikan pendakwaan kes mahkamah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


“Jabatan Peguam Negara mempunyai kuasa penuh terhadap kes ini dan ia sudah pun membuat penjelasan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Anwar, yang berkata demikian pada Selasa, sedang dalam lawatan kerja rasmi ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Puncak Asean Ke-43 di Senayan.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Datuk Ahmad Zahid pada Isnin dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana puluhan juta ringgit Yayasan Akal Budi yang diasaskannya.

Keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, pengamal undang-undang dan rakyat pelbagai peringkat serta latar belakang, kerana kes itu sudah di peringkat membela diri dan terdapat kes prima facie (ada bukti).


Bagaimanapun, JPN pada Selasa menjelaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu daripada pertuduhan berkenaan dibuat berdasarkan alasan kukuh yang dikemukannya dan diterima oleh mahkamah.

“Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan-alasan yang dikemuka dan telah pun diterima oleh mahkamah.

“Semasa membuat keputusan tersebut, hakim menyatakan alasan-alasan yang dikemuka oleh pihak pendakwaan adalah kukuh,” kata JPN dalam kenyataannya pada Selasa.

Dalam satu perkembangan lain, Datuk Anwar berkata Sidang Puncak Asean Ke-43 dan Sidang Berkaitan telah memutuskan bahawa Filipina akan mempengerusikan Asean pada 2026, iaitu mengambil alih daripada Myanmar.

Selain itu, beliau menggesa Asean supaya meneruskan usaha memperkukuh kapasiti dan keberkesanan institusinya serta memastikan persaingan geopolitik tidak akan menjejaskan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini mahupun mencetuskan kesenjangan atau kekacauan sesama rakan Asean.

“Saya seterusnya menyeru agar Asean melaksanakan pengaturan strategik yang lebih besar untuk meningkatkan integrasi ekonomi dalam Asean dan berusaha ke arah arkitektur ekonomi serantau yang cergas, inklusif, mampan dan berdaya tahan.

“Semasa sesi pemukiman pula, rakan sejawat turut membincangkan secara meluas mengenai pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) di Myanmar dan Asean Outlook on the Indo-Pacific.


“Dalam platform ini, saya turut menyuarakan kekecewaan Malaysia terhadap kurangnya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan 5PC dan ketidakstabilan yang berterusan di Myanmar.

“Saya tekankan bahawa Asean perlu menangani isu Myanmar dalam pendekatan yang diselaraskan dan agar Asean memanfaatkan Rakan Dialognya, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Mengenai kemajuan proses menguruskan masalah tenaga kerja Indonesia (TKI) yang tiada dokumen di Malaysia, Datuk Anwar berkata puluhan ribu golongan terbabit sudah dihantar pulang tanpa pendakwaan di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >