Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Penyepaduan ekonomi perkukuh institusi Asean

Sep 05, 2023 | 02:45 PM



Penyepaduan ekonomi perlu kekal sebagai teras agenda Asean sebagai satu blok dalam memastikan ia kukuh sebagai satu institusi.

Ia perlu bergerak pantas membangun bidang pertumbuhan baru, terutama dalam bidang digital dan ekonomi hijau, yang turut menjadi keutamaan dalam usaha mencapai visi Masyarakat Asean.

Menggariskan saranannya bagi usaha mencapai visi tersebut, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata selain penyepaduan ekonomi, Asean perlu mengukuhkan keupayaannya menangani cabaran mendatang, termasuk dalam bidang keselamatan siber dan makanan.

“Kita telah menetapkan bidang keutamaan bagi usaha penyepaduan kita sebagai masyarakat, contohnya dalam bidang kemampanan dan ekonomi digital dan hijau.

“Ini mengukuhkan lagi azam kita untuk mengukuhkan Asean sebagai satu institusi.

“Langkah seterusnya adalah menetapkan dokumen yang mengiringinya, dan ini akan memberikan peta hala tuju lebih terperinci ke arah visi ini,” jelas beliau.

Encik Lee berkata demikian dalam ucapannya di Sesi Pleno di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) pada hari pertama Sidang Puncak Asean ke-43 pada Selasa.

Dalam usaha menyepadukan ekonomi, Encik Lee berkata Asean perlu meneruskan usaha mengemaskini dan mempertingkat perjanjian ekonomi teras seperti Perjanjian Perdagangan Barangan Asean (Atiga) yang membawa faedah pelaburan segera bagi pelabur Asean dan pelabur asing yang berniaga di rantau ini.

Pada masa yang sama, perjanjian tersebut perlu diperluas untuk merangkumi isu mendatang seperti digital, persekitaran dan keadaan perdagangan dalam krisis, katanya.

Antara langkah penting yang telah diambil ke arah tujuan tersebut termasuk Pelancaran Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital Asean (Defa) yang akan menyelaras dagangan digital rentas sempadan secara lebih lancar.

“Ini merupakan hasil kepimpinan dan usaha kukuh Indonesia. Kita perlu berusaha ke arah Defa yang berpandangan ke hadapan dan mendorong pertumbuhan inklusif.

“Ini mewujudkan peluang dengan memperbaiki keterhubungan, kemahiran dan kecelikan digital dalam rantau ini dan memberikan manfaat kepada perniagaan dan juga rakyat,” katanya.

Berhubung ekonomi hijau pula, Encik Lee menegaskan peralihan kepada tenaga hijau penting untuk pembangunan mampan serta kemakmuran berterusan negara anggota Asean.

Beliau turut menekankan komitmen Asean terhadap Grid Kuasa (Elektrik) dan menampilkan Projek Penyepaduan Kuasa (Elektrik) Laos-Thailand-Malaysia-Singapura sebagai contoh perdagangan kuasa elektrik berbilang negara di rantau ini yang boleh diusahakan.

Beliau turut mengalu-alukan kajian bagi memeriksa kebolehlaksanaan Projek Penyepaduan Kuasa (Elektrik) Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-PIP) yang berpotensi mengembangkan lagi perdagangan kuasa pelbagai hala rantau ini.

“Selain Grid Kuasa (Elektrik) Asean, kita perlu bekerjasama dalam bidang lain bagi membolehkan peralihan hijau kita.

“Ini termasuk perdagangan serta keupayaan karbon, dan kerjasama dengan rakan kongsi luar lain yang memiliki kepakaran lebih tinggi dalam bidang ini,” ujar Encik Lee yang turut memuji Indonesia atas kepimpinannya dalam usaha mempertingkat keterhubungan kuasa elektrik serantau.

Dalam pada itu, Encik Lee menambah, keupayaan Asean mengatasi cabaran mendatang, termasuk keselamatan siber dan isu keselamatan makanan, perlu diperkukuh.

“Keselamatan siber merupakan bidang kritikal, kerana ruang siber yang selamat merupakan asas masa depan digital Asean.

“Kita perlu mencapai kemajuan baik dalam usulan Pasukan Respons Kecemasan Komputer (Cert) Serantau Asean. Ini akan mengukuhkan respons Asean terhadap ancaman siber yang semakin canggih,” ujarnya.

Keselamatan makanan juga merupakan cabaran mendatang yang utama dan Encik Lee menekankan sokongan Singapura terhadap Pengisytiharan Pemimpin Asean dalam Memperkukuh Keselamatan Makanan dan Nutrisi sebagai Respons terhadap krisis serta kenyataan dengan rakan kongsi dialog berkaitan keselamatan makanan.

Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, telah merasmikan acara pembukaan Sidang Puncak Asean ke-43 pada pagi Selasa.

Jadual hari pertama sidang tersebut merangkumi Sesi Pleno diikuti pembukaan rasmi Forum Indo-Pasifik Asean dan Sesi Rahat.

Encik Lee juga telah mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Eksekutif WEF, Profesor Klaus Schwab dan Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Manet untuk membincangkan hubungan dua hala.

Laporan lanjut di Muka 6




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >