Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas konflik Israel-Hamas

Oct 30, 2023 | 03:35 PM



Hamas gesa Mesir segerakan bantuan ke Gaza

GAZA: Seorang pegawai tertinggi Hamas menggesa Mesir supaya mengambil tindakan “tegas” untuk mempercepatkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza di tengah-tengah kritikan terhadap perlahannya kadar bekalan penting yang sampai ke wilayah Palestin yang dilanda perang itu.


“Mesir tidak sepatutnya kekal sebagai penonton. Kami menjangkakan pendirian tegas Mesir dalam membenarkan bantuan memasuki Gaza secepat mungkin,” kata ahli biro politik Hamas, Encik Musa Abu Marzouk, dalam satu kenyataan. – AFP

Serangan balas Israel lampaui batas, kata PM Norway

OSLO: Perdana menteri Norway berkata bahawa tindak balas tentera Israel terhadap serangan maut Hamas adalah tidak seimbang dan mengecam situasi di Gaza sebagai “malapetaka kemanusiaan”.


“Undang-undang antarabangsa menetapkan bahawa ia (tindak balas) mesti berkadar. Orang awam mesti diambil kira, dan undang-undang kemanusiaan sangat jelas mengenai perkara ini. Saya rasa batas ini sebahagian besarnya telah dilampaui,” kata Perdana Menteri, Encik Jonas Gahr Store, menerusi radio awam NRK.


“Hampir separuh daripada ribuan orang yang terbunuh adalah kanak-kanak,” tambahnya. – AFP.

Ketua polis London minta penjelasan soal kendali ekstremisme semasa protes

LONDON: Pegawai polis paling kanan Britain pada Ahad berkata beliau akan menyokong semakan semula definisi undang-undang ekstremisme sebagai tindak balas kepada kritikan terhadap cara pegawainya mengendalikan protes pro-Palestin di London.


Insiden antisemitik dan Islamofobia telah meningkat di Britain sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, dan serangan balas Israel ke atas Gaza dengan demonstrasi besar-besaran pro-Palestin diadakan di London dan bandar-bandar utama United Kingdom yang lain.

Beberapa ahli politik Britain telah mengkritik polis London selepas mereka gagal menangkap orang ramai dalam perhimpunan pro-Palestin yang menjerit “jihad”. Polis kemudian berkata frasa itu boleh mempunyai beberapa makna dan menyimpulkan tiada kesalahan berlaku.

Encik Mark Rowley, ketua pasukan Polis Metropolitan London, berkata pegawainya akan menangkap sesiapa sahaja yang melakukan jenayah kebencian, tetapi hanya boleh ada pendakwaan apabila undang-undang dilanggar. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >