Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sektor pelancongan Indonesia bangkit semula selepas terjejas akibat pandemik

Oct 03, 2023 | 03:38 PM



JAKARTA: Sektor pelancongan Indonesia semakin rancak dengan melonjaknya bilangan pelancong dari seantero dunia melawat negara yang kaya dengan pelbagai tarikan itu.


Bagi Indonesia, ia merupakan tanda-tanda pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19 yang menjejas industri pelancongannya.

Perangkaan menunjukkan jumlah ketibaan antarabangsa dalam lapan bulan pertama 2023 telah melebihi jumlah keseluruhan pada 2022.

Badan Perangkaan Pusat (BPS) melaporkan pada Isnin bahawa sehingga Ogos, 7.44 juta warga asing telah melawat Indonesia – membentuk 166.12 peratus daripada angka pada 2022.

Bagaimanapun, Pemangku Pengerusi BPS, Cik Amalia Adininggar Widyasanti, mengingatkan bahawa pemulihan penuh masih menjadi matlamat yang jauh kerana jumlah itu masih jauh di bawah paras prapandemik.

Cik Amalia mendedahkan dalam tempoh sama pada 2019, Indonesia mencatatkan 10.7 juta kunjungan antarabangsa.

“Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2023, Malaysia menjadi penyumbang terbesar kepada ketibaan pelawat antarabangsa di Indonesia, iaitu 16.2 peratus daripada jumlah kunjungan asing, diikuti Australia dengan 12.2 peratus dan Singapura dengan 11.9 peratus,” kata Cik Amalia semasa sidang akhbar di pejabat BPS di Jakarta.

Pada Ogos sahaja, Indonesia menerima 1.13 juta pelawat, menandakan jumlah bulanan tertinggi sejak Mac 2020 apabila wabak bermula.

Kadar penghunian di hotel bertaraf bintang di Indonesia berada pada 52.46 peratus, mencerminkan peningkatan 5.08 mata peratusan berbanding bulan yang sama pada 2022.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan bahawa pandemik Covid-19 telah menjejas sektor pelancongan dunia termasuk Indonesia.

Namun, pemerintah Indonesia telah mengambil peluang dengan mengusahakan prasarana negara di tengah-tengah berkurangnya pelancong.

Dengan status pandemik kini ditarik balik, Indonesia menjangkakan untuk melihat semua pembangunan prasarananya membuahkan hasil.

Encik Endra S Atmawidjaja, penasihat kepada Menteri Kerja Raya, berkata: “Kami menggunakan krisis untuk menyediakan prasarana. Sudah tiba masanya kita menuai hasil kerja kita.”

Sepanjang tiga tahun wabak melanda, pemerintah telah mengusahakan lima destinasi utama atau lima ‘Bali baru’ iaitu Tasik Toba (Sumatera Utara), Borobudur (Jawa Tengah), Mandalika (Nusa Tenggara Barat), Labuan Bajo (Nusa Tenggara Timur) dan Likupang (Sulawesi Utara).

Menurut Encik Endra, pembangunan prasarana itu juga berlaku di destinasi pelancongan lain selain lima ‘Bali baru’ itu.

Labuan Bajo, bandar nelayan yang menjadi tuan rumah Sidang Puncak Asean ke-42, menyaksikan penambahbaikan hebat daripada sudut industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >