Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Suami isteri pelajar universiti di M’sia, 4 anak maut serangan Israel di Gaza

Oct 10, 2023 | 01:11 PM



KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang juga siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) bersama empat anak mereka terkorban akibat serangan bom Israel di Gaza.


Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, Usim berkata perkara itu disahkan oleh presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Encik Ammar H M Mahariq.

“Usim melahirkan rasa dukacita atas pemergian dua siswazah dan lebih 20 ahli keluarga mangsa akibat serangan bom di Gaza, Palestin, pada pagi Ahad lalu.

“Salam takziah daripada seluruh warga Usim. Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” ucap Usim dalam kenyataan itu, lapor Berita Harian Malaysia.


Usim turut memaklumkan bahawa serangan bom itu berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon.

“Dalam kejadian itu, hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.

“Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, 20 ahli keluarga mangsa turut terkorban,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa, Encik Mohammed J. H. Alzaanin, baru saja selesai menjalani sesi viva (peperiksaan lisan berkaitan penyelidikan atau tesis yang dibuat) di USIM pada 5 Julai, manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian sama pada 23 Oktober.

Dalam pertempuran yang semakin memuncak sejak Sabtu lalu, jet tentera Israel terus mengebom kawasan penduduk Palestin di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >