Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Suami isteri ‘sehidup semati’, maut dalam kemalangan

Oct 23, 2023 | 02:00 PM



PENAMPANG (Sabah): Kegembiraan sebuah keluarga menyambut ulang tahun kelahiran berakhir duka selepas dua ahli keluarga maut dalam kemalangan di Jalan Pintas dekat pusingan U, Padimas Point, di Penampang, Sabah, pada Ahad petang.


Dalam kejadian sekitar 6.50 petang itu, pasangan suami isteri berusia lingkungan 60-an tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk kereta mereka.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, berkata kemalangan membabitkan sebuah pikap dan kereta Proton Saga.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati pemandu pikap dari arah Kota Kinabalu menuju ke Donggongon disyaki merempuh Proton Saga yang datang dari arah bertentangan dan dipercayai membuat pusingan U.

“Akibat rempuhan itu, pemandu dan penumpang Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah.

“Pemandu pikap parah dan dihantar ke HQE untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin.


Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke HQE untuk bedah siasat dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, beberapa penduduk kampung terpaksa memecahkan pintu jeriji untuk mengeluarkan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terperangkap dalam sebuah rumah yang terbakar.

Dalam kejadian 4.20 petang Ahad, Encik Fikri Ibrahim, 40 tahun, berkata beliau terlihat api di bahagian dapur rumah jirannya itu yang dihuni dua beradik termasuk mangsa, Encik Mohd Zamri Awang, 49 tahun, yang mengalami OKU mental.

Beliau berkata ketika kejadian Encik Mohd Zamri tinggal berseorangan, manakala abangnya, Encik Zamani, berada di farmasi miliknya di bandar Kota Bharu.

“Saya ternampak api di bahagian dapur rumah mereka dan segera mencapai hos air sebelum cuba memadamkannya, namun tidak berjaya.


“Saya kemudian menghala ke bahagian depan rumah mereka dan dengan bantuan beberapa jiran berdekatan, kami memecahkan pagar jeriji rumah yang berkunci untuk mengeluarkan Mohd Zamri yang terperangkap dalam rumah.


“Sebaik pintu dibuka, keadaan dalam rumah dipenuhi asap dan Mohd Zamri berjaya dikeluarkan dengan selamat,” katanya lapor BHM pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >