Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suhu lautan sedunia capai paras rekod: Pakar EU

Aug 5, 2023 | 10:47 AM
MANGSA BAHANG: Bangkai obor-obor laut jenis Rhizostoma ini ditemui di pantai Pinedo, Valencia awal bulan ini. Ratusan lagi kehidupan laut telah ditemui di pantai-pantai di Eropah kebelakangan ini. Pakar berkata suhu laut Mediterranean yang mencapai tahap rekod dengan gelombang haba melanda Eropah telah menyebabkan keadaan ini.
MANGSA BAHANG: Bangkai obor-obor laut jenis Rhizostoma ini ditemui di pantai Pinedo, Valencia awal bulan ini. Ratusan lagi kehidupan laut telah ditemui di pantai-pantai di Eropah kebelakangan ini. Pakar berkata suhu laut Mediterranean yang mencapai tahap rekod dengan gelombang haba melanda Eropah telah menyebabkan keadaan ini. - Foto AFP

PARIS: Lautan sedunia mencatat suhu tertinggi dalam sejarah minggu ini, mencetus keprihatinan dalam kalangan pakar mengenai kesannya terhadap iklim Bumi, kehidupan laut dan masyarakat yang hidup berhampiran pantai.

Suhu di permukaan laut mencecah 20.96 darjah Celsius pada 30 Julai, menurut data dari balai cerap iklim Kesatuan Eropah (EU).

Suhu tertinggi sebelum ini adalah 20.95 darjah Celsius yang dirakam pada Mac 2026, kata jurucakap Khidmat Perubahan Iklim Copernicus EU.

Suhu itu tidak mengambil kira wilayah kutub.

Trend serupa turut dirakamkan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional Amerika Syarikat (NOAA) yang menggunakan pangkalan data berasingan.

Menurut NOAA, suhu purata permukaan laut adalah 21.06 darjah Celsius pada 4 April tahun ini, lebih tinggi berbanding suhu 21.01 darjah Celsius pada Mac 2016. Pada 1 Ogos, suhu purata adalah 21.03 darjah Celsius.

Lautan telah menyerap 90 peratus haba lebihan yang dijana oleh kegiatan manusia sejak era perusahaan bermula, kata saintis.

Haba lebihan ini dikumpulkan sebagai gas rumah hijau – dari pembakaran minyak, gas dan arang – di atmosfera Bumi.

Di serata dunia, suhu purata lautan telah mencatat beberapa rekod baru secara kerap sejak April. –AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg