Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

WACANA

Suka tak suka, media sosial mesti diguna pakai

Jun 11, 2023 | 05:30 PM



Banyak persoalan yang ditimbulkan. Paling utama bagaimana syarikat media mapan dan tradisional menghadapi penularan media sosial.

Ini termasuk pihak media di Malaysia yang kini perlu berusaha gigih menyesuaikan diri dengan penggunaan media sosial secara meluas sekarang ini, dengan lebih banyak syarikat media menggunakan wadah tersebut sebagai antara pilihan utama untuk ’menularkan’ kandungan berita mereka.

Sebilangan pengamal media menyatakan trend media sosial harus dilihat sebagai satu daripada banyak inovasi yang telah berlaku pada industri media sejak sekian lama, dan tidak harus berasa gentar dengannya.

Mereka akur media sosial harus dimanfaatkan sepenuhnya jika syarikat media mahu terus bertahan dan kekal relevan.

Demikianlah antara rumusan forum bertajuk Kelangsungan Media Tradisional Dalam Era Digital sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 Malaysia yang diadakan di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Umumnya anggota panel forum itu akur bahawa kandungan berita masih amat penting, atau ‘king’ , dengan pengamal media mesti mengekalkan tahap kewartawanan mereka sebagai pembuat kandungan berita yang bermutu, sahih dan berwibawa.

Ini yang membezakan laporan media mapan dengan banyak laporan berita di media sosial yang kebanyakan tidak sahih, malah palsu, dan boleh mengelirukan orang ramai.

Seperti kata seorang panelis, Ketua Pegawai Operasi Rev Media Group (RMG), Encik Nicholas Sagau, yang menyifatkan kandungan berita yang dikeluarkan syarikat media sebagai ‘king’, bahawa analisis data diperlukan bagi ‘memasarkan’ kandungan berita supaya apa yang dikehendaki sampai kepada golongan yang disasarkan.

Adalah amat mustahak, katanya, bagi pembuat kandungan berita dan kumpulan digital untuk duduk bersama, menggembleng keupayaan masing-masing untuk memastikan strategi dirangka membuahkan hasil yang berkesan. 

“Kandungan yang hendak disampaikan adalah ‘king’. Jadi, kunci utama mentransformasikan media tradisional supaya berperanan secara hibrid adalah keupayaan untuk bekerjasama dengan kumpulan digital.

“Apabila berbincang dengan newsroom (bilik berita), pantau apa sudut laporan berita mereka untuk pastikan dapat disampaikan dan lakukan dengan lebih baik dengan menggunakan dapatan menerusi analisis data.


“Kita kaji apa yang penonton gemar, suka baca dan apa yang banyak mereka baca dalam Berita Harian (Malaysia) misalnya. Selepas itu, barulah kita boleh fikir macam mana nak bantu bilik berita untuk sampaikan kandungan mereka dengan lebih berkesan,” katanya.

Ketua Editor The Jakarta Post, Encik M Taufiqurrahman, pula berkata tuntutan supaya syarikat gergasi teknologi seperti Google, Facebook dan Yahoo, membayar kandungan berita kepada syarikat media tempatan merupakan antara langkah yang sedang dilakukan di Indonesia bagi membantu kelangsungan industri media di negara itu.


Beliau memaklumkan bahawa Google antara syarikat gergasi teknologi yang sudah pun mengambil langkah dengan membayar kandungan berita kepada syarikat media di Indonesia. Bagi merealisasikan langkah itu, satu undang-undang khas, katanya, diperlukan bagi ‘menuntut’ syarikat gergasi teknologi untuk membayar kandungan kepada syarikat media.

Pengajaran lain daripada acara Hawana 2023, yang mengumpulkan hampir 1,000 pengamal media dari seluruh Malaysia dan wakil beberapa negara Asean termasuk Singapura, Indonesia dan Filipina, adalah banyak syarikat media sedang menghadapi penurunan pendapatan ekoran ‘persaingan’ media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Pendapatan iklan, yang sebelum ini merupakan pendapatan utama kebanyakan syarikat media, berkurangan di samping pendapatan hasil penjualan akhbar yang turut menurun.

Hanya dengan menerima, menyesuaikan diri, dan mengguna pakai wadah media sosial, syarikat media dapat terus bertakat dan menjadikan mereka kekal relevan.

Satu faktor penting adalah syarikat media masih tetap mempunyai kumpulan pengamal media (wartawan/jurugambar) yang terlatih dan mampu memberi laporan sahih, bermutu dan berwibawa.

Dalam zaman berlakunya ledakan berita di media sosial yang belum pasti kesahihannya, perkara tersebut menjadi faktor amat penting dalam membezakan media mapan sebagai pengeluar kandungan berita yang berwibawa dan bermutu.

Selain itu, majlis meraikan wartawan sempena Hawana 2023, yang bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” yang berlangsung selama tiga hari (27-29 Mei) di Ipoh Perak turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu majlis makan malam juga diadakan di Istana Iskandariah yang dihoskan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Penulis diundang ke sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 Malaysia sebagai wakil SPH Media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >