Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tanggungjawab bersama anggota OIC tangani Islamofobia: Zahid

Aug 30, 2023 | 11:50 AM



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia.


Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan pembabitan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta organisasi antarabangsa lain.

“Ajaran Islam yang sebenar dan cara hidup yang dipegang dalam al-Quran dan Hadis perlu ditunjukkan,” katanya pada majlis makan malam bersama 29 ketua misi dan wakil dari negara anggota OIC pada Selasa malam, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Ahmad Zahid berkata majlis malam itu menunjukkan nilai dan komitmen OIC untuk bersama menjaga dan melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat mempromosikan keamanan dan keharmonian antarabangsa.

“Sebagai negara anggota OIC, kita perlu secara berterusan mengutuk tindakan biadab Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan di Wilayah Pendudukan Palestin secara keseluruhannya.

“Tindakan keji rejim itu adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berbahaya. Ia juga menimbulkan ancaman besar kepada nilai bersama dan aspirasi untuk keamanan,” katanya.

Datuk Ahmad Zahid berkata anggota OIC perlu secara berterusan melibatkan masyarakat antarabangsa yang lain dan menggesa mereka menjadi perantara yang agresif terhadap tindakan tidak bertanggungjawab Israel.

Datuk Ahmad Zahid berkata dalam melindungi Masjid Al-Aqsa, negara Islam mesti menyatukan pendekatan mereka.

“Kita memerlukan pendekatan yang proaktif dan praktikal. Ia harus merangkumi kepimpinan yang berani, kemahuan politik yang kuat, perpaduan, kekuatan dan nilai yang menunjukkan kepercayaan yang kita kongsi bersama.

“Tindakan baru ini akan menghantar mesej kuat kepada dunia bahawa kesatuan kita tidak mengenal sempadan dalam menjaga rumah Allah ini,” katanya.

Beliau menambah Malaysia akan terus berdiri teguh dalam keazamannya untuk menangani isu Islamofobia.

“Komitmen Malaysia terhadap agenda OIC, khususnya mengenai Al-Aqsa, tidak berbelah bahagi dan tegas,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >