MAINE: Penumpang sebuah pesawat terkandas selama lebih 17 jam, gara-gara tindakan pasangan yang selamba merokok di dalam tandas ketika dalam penerbangan.
Kejadian itu berlaku pada awal minggu lalu ketika Penerbangan BY49 milik TUI Airways berlepas dari Cancun, Mexico menuju ke Lapangan Terbang Gatwick di London.
Tetapi, sikap mementingkan diri dua penumpang itu yang didakwa turut berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan pesawat itu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangor di Maine, Amerika Syarikat (AS).
“Sebelum menukar destinasi, juruterbang ada membuat pengumuman tentang perbuatan mereka dan memaklumkan pesawat akan mendarat di lokasi lain,” ujar salah salah seorang penumpang warga Britain, Encik Terry Lawrance, 66 tahun.
Sementara itu, TUI mengesahkan keputusan mengalihkan penerbangan itu dibuat atas faktor keselamatan kerana ‘gangguan’ berkenaan.
Kesemua penumpang terpaksa bermalam di lapangan terbang itu sebelum pesawat pengganti membawa mereka ke destinasi asal pada keesokan harinya. - Agensi
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg