Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thaksin tampil kali pertama di tempat awam sejak dibebas

Mar 14, 2024 | 01:27 PM



BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, melawat kuil di Bangkok pada 14 Mac, dalam penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan lebih awal daripada hukuman penjara di atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.


Jutawan kontroversi itu – yang dua kali dipilih sebagai perdana menteri dan digulingkan dalam rampasan kuasa tentera 2006 – berkunjung ke Kuil Pilar Kota di Bangkok sebelum melakukan lawatan tiga hari ke Chiang Mai di utara Thailand, pada yang hari sama.

Puluhan media menunggu di hadapan kuil yang dikunjungi Encik Thaksin itu, yang dilihat memakai baju biru dan pendakap leher, melakukan sembahyang sekitar 5 pagi, menurut seorang wartawan AFP di kuil itu.


Lewat hari itu juga, beliau dijadualkan terbang ke Chiang Mai – bandar kelahirannya dan pangkalan kuasa politik tradisional – untuk bertemu anggota keluarga dan penyokong serta bersembahyang di kubur saudara-maranya.

Encik Thaksin ditemani oleh anak perempuannya, Cik Paetongtarn, yang kini merupakan Ketua Parti Pheu Thai.

Ahli politik berusia 74 tahun itu kembali ke Thailand pada Ogos 2023, selepas 15 tahun mengasingkan diri, dan segera dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.

Tetapi hukumannya disingkatkan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn, beberapa hari selepas kepulangannya.

Pada Februari, penguasa Thailand berkata Encik Thaksin layak dibebaskan awal kerana usianya yang lanjut dan masalah kesihatannya.

Kepulangan mantan pemilik kelab bola sepak Manchester City itu ke Thailand berlaku sejurus selepas partinya, Pheu Thai, mengambil alih kuasa sebagai ketua pemerintah gabungan yang merangkumi parti yang rapat dengan musuh lamanya dalam tentera. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >