Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thaksin layak diberi parol pada Feb 2024

Sep 19, 2023 | 11:39 AM



BANGKOK: Harapan mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, untuk hidup bebas seperti rakyat negaranya yang lain bakal menjadi kenyataan pada akhir Februari 2024.


Menurut seorang pegawai kanan penjara pada Isnin, beliau boleh dibebaskan secara parol setelah hukuman penjara lapan tahun diringankan kepada hanya setahun selepas beliau kembali daripada hidup dalam buangan.

Ahli politik Thailand yang terkenal itu pulang ke Thailand pada Ogos – 15 tahun selepas beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006.

Ketika hidup dalam buangan di luar negara, Encik Thaksin telah didapati bersalah tanpa hadir dalam perbicaraan melibatkan tiga kes – salah guna kuasa, konflik kepentingan dan penyelewengan.

Kepulangannya ke Thailand bertepatan dengan kemunculan sekutunya Encik Srettha Thavisin sebagai perdana menteri baru negara itu, berikutan ketidaktentuan berbulan-bulan susulan pilihan raya pada Mei 2023 yang mengakibatkan kekalahan parti pemerintah yang protentera.

Parti-parti yang sealiran dengan Encik Thaksin telah memenangi setiap pilihan raya sejak 2001 sehingga 2023, dengan Pheu Thai, parti yang disokong oleh keluarganya, menduduki tempat kedua.

Jutawan telekomunikasi yang terkenal dengan dasar populisnya, menarik minat rakyat Thailand yang miskin, bertelagah dengan elit negara itu dan tentera diraja, yang turut menggulingkan kerajaan pimpinan adiknya pada 2014.

Terdapat spekulasi bahawa Encik Thaksin telah mencapai beberapa perjanjian dengan musuh lamanya, selepas parti protentera memberi sokongan kepada calon Pheu Thai, Encik Srettha, untuk membentuk kerajaan baru.

Encik Thaksin dan Encik Srettha bagaimanapun menafikan perkara itu.

Pada malam pertamanya di Thailand, Encik Thaksin telah dipindahkan ke hospital polis – tempat beliau kini dirawat kerana sakit dada dan tekanan darah tinggi.

Beberapa hari kemudian, Raja Maha Vajiralongkorn meringankan hukuman lapan tahunnya kepada setahun, tetapi Encik Thaksin boleh dibebaskan lebih awal.

“Selepas menjalani hukuman penjara enam bulan, Encik Thaksin akan layak mendapat parol bagi banduan yang berumur melebihi 70 tahun atau mereka yang berpenyakit,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Penjara, Encik Sitthi Sutivong.

Jabatan Penjara membuat penilaian untuk setiap kes, dan tiada proses petisyen untuk parol dalam kes ini, katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >