Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiada bukti warga SG beli minyak bersubsidi dalam kes video tular: Polis M’sia

Jun 26, 2023 | 04:05 PM



ISKANDAR PUTERI (Johor): Polis Malaysia menyatakan tidak terdapat bukti bahawa dua warga Singapura membeli petrol RON95 bersubsidi tinggi di salah sebuah stesen minyak di Johor, dalam satu kejadian yang mencetuskan pertengkaran dengan seorang penunggang penghantaran makanan Grab.


Polis berkata siasatan telah dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak di Sunway Iskandar, Iskandar Puteri, berhampiran Linkedua.

“Kementerian tidak menemui sebarang bukti RON95 dijual kepada lelaki terbabit,” kata Ketua Polis Iskandar Puteri, Penolong Komisioner (AC) Rahmat Ariffin.

Namun polis masih mencari dua lelaki itu dan telah meminta bantuan daripada pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana adanya ugutan jenayah, tambah AC Rahmat.

Sebelum ini, beliau berkata polis Malaysia sedang mencari lelaki itu dengan bantuan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Namun, SPF memberitahu The Straits Times pada Jumaat bahawa ia tidak menerima sebarang permintaan daripada polis Malaysia berhubung warga Singapura itu.


Pada 16 Jun lalu, video yang merakamkan pertengkaran antara seorang penunggang penghantaran makanan Grab dengan dua lelaki itu dikongsi secara meluas di media sosial.

Dilaporkan kejadian itu berlaku apabila penunggang itu menegur dua lelaki Singapura itu kerana membeli petrol RON95 bersubsidi dan mengisinya dalam kontena. Petrol bersubsidi tidak dibenarkan dijual kepada mereka yang memandu kenderaan berdaftar asing.

Pemandu dengan kenderaan berdaftar asing, tanpa mengira warga, hanya dibenarkan membeli petrol RON97 tanpa subsidi, yang berharga RM3.37 ($0.97) seliter, yang mesti terus diisi ke dalam tangki minyak kenderaan mereka.

Berikutan penularan video itu, penunggang Grab itu digantung khidmatnya. Pengguna media sosial kemudian bersuara bagi penunggang itu, dan mengatakan mereka akan memboikot Grab dan memadamkan aplikasi itu.

Pada Khamis, Grab Malaysia berkata ia menarik balik penggantungan khidmat penunggang itu selepas meneliti perkara itu. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >