Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiada lagi penerbangan komersial ke Melaka, pelancongan terjejas

Sep 06, 2023 | 02:22 PM



MELAKA: Penerbangan komersial tidak lagi terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, kata pihak sektor pelancongan tempatan.


Di lapangan terbang berkenaan pada Selasa, didapati meja daftar masuk, karusel bagasi dan kaunter lain kosong sejak Ogos, dengan semua penerbangan, termasuk ke Pekan Baru, Indonesia, tidak lagi tersedia.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka, Encik Khairulnizam Kasim, berkata penerbangan komersial adalah penting demi pertumbuhan industri hospitaliti tempatan.

“Adalah menyedihkan apabila mengetahui bahawa tiada lagi penerbangan komersial di lapangan terbang dan ini adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk sebuah negeri pelancong,” katanya, lapor akhbar The Star.


Encik Khairulnizam berkata lapangan terbang itu memainkan peranan penting dalam memastikan hasil yang stabil buat pihak hotel dan industri berkaitan.

Beliau berkata penerbangan ke lapangan terbang itu juga penting bagi pelawat perniagaan dan mereka yang akan datang ke negeri itu untuk menghadiri persidangan dan acara di mana peserta akan memilih untuk pergi bercuti bersama keluarga.

“Industri perhotelan akan terjejas teruk dengan tiadanya syarikat penerbangan yang memberi perkhidmatan kepada LTAM,” katanya.

Encik Khairulnizam berkata perkembangan terbaru ini juga bakal menjejas persiapan negeri itu bagi Tahun Melawat Melaka 2024.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Bahagian Melaka, Encik Goh Hock Gin, berkata pemberhentian perkhidmatan penerbangan komersial juga akan memberi kesan kepada pelancongan perubatan.

Beliau berkata penerbangan langsung sebelum ini dari Pulau Pinang dan Pekan Baru ke LTAM merupakan rangsangan kepada industri pelancongan perubatan tempatan.

“Kebanyakan rakyat Indonesia datang ke Melaka untuk tujuan pelancongan perubatan, dan kami memerlukan lebih banyak penerbangan serantau ke LTAM,” katanya.

Lapangan terbang itu sibuk pada September tahun lalu dengan penerbangan langsung dari Pulau Pinang dan Pekan Baru selepas ia terjejas teruk selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

Pada 15 Mei, LTAM melihat satu lagi laluan penerbangan langsung dari Pekan Baru yang dikendalikan oleh Wings Air.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >