Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada muslihat politik cium tangan anak perempuan Thaksin: PM Thai

Oct 30, 2023 | 02:01 PM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin, menolak soalan mengenai beliau mencium tangan Cik Paetongtarn Shinawatra selepas beliau dinamakan sebagai ketua Parti Pheu Thai pada Sabtu, dan mengatakan bahawa ia tidak mempunyai kepentingan politik.


Menjawab kritikan pada Ahad, Perdana Menteri Thailand itu berkata isyarat itu hanya menandakan kasih sayang dan perhatiannya terhadap Cik Paetongtarn kerana menganggapnya sebahagian daripada keluarganya.

Juga, katanya, bibirnya tidak benar-benar menyentuh tangan beliau.

Ramai pengkritik Parti Pheu Thai mengecam tindakan itu, selepas klip Perdana Menteri mencium tangan Cik Paetongtarn menjadi tular.

Beberapa orang berkata isyarat itu menunjukkan bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri, Encik Srettha sujud kepada pemimpin baru Pheu Thai itu.

Yang lain menyamakan isyarat itu seperti samseng yang menunjukkan rasa hormat kepada bos mafia, seperti dalam salah sebuah filem, The Godfather.


“Adakah ini menunjukkan bahawa Cik Paetongtarn ialah ibu baptis?” tanya seorang pengguna Facebook.

Beberapa pengkritik malah bertindak lebih jauh dengan mencadangkan bahawa isyarat itu menunjukkan bahawa Encik Srettha mungkin meletak jawatan bagi Cik Paetongtarn menggantikannya sebagai perdana menteri tidak lama lagi.

Sementara yang lain pula bertanya sama ada Thailand mempunyai dua perdana menteri sekarang.

Encik Srettha membalas komen itu dengan mengatakan bahawa apabila ahli Pheu Thai menghadiri mesyuarat parti, mereka meninggalkan jawatan politik mereka dan menyertai sebagai ahli parti.

Katanya, beliau dan Cik Paetongtarn saling menyayangi dan menghormati satu sama lain sebagai ahli keluarga sejak sekian lama.

“Ia hanya cinta, keterikatan dan kepedulian yang kami ada terhadap satu sama lain. Ini urusan keluarga,” katanya sambil menambah bahawa isu itu tidak perlu dibincangkan lagi.

“Ia adalah keluarga Pheu Thai dan sekarang saya memakai topi sebagai perdana menteri, manakala Paetongtarn menjalankan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa pengurusan kuasa.

“Kami memahami satu sama lain dengan baik dan Thailand hanya mempunyai seorang perdana menteri,” ujarnya, lapor akhbar berbahasa Inggeris Thailand, The Nation.


Cik Paetongtarn ialah anak perempuan bongsu mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, yang dianggap sebagai patriark Parti Pheu Thai.

Encik Thaksin yang juga ahli politik paling berpengaruh dan pada masa sama menyebabkan pecah-belah dalam sejarah negara itu, baru-baru ini kembali ke tanah air pada Ogos lalu selepas 15 tahun hidup dalam buangan susulan digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006.

Pheu Thai adalah jelmaan baharu gerakan politik yang diasaskan bapanya, namun ia berada di tempat kedua dalam satu tinjauan yang dijalankan pada Mei oleh Parti Move Forward (MFP).

Seorang penganalisis politik, Encik Yuttaporn Issrachai, berkata pengumuman itu mengikut ‘gaya pimpinan keluarga’ Pheu Thai.

“Ia adalah usaha untuk memodenkan parti, tetapi akhirnya terasnya kekal sama iaitu milik puak Shinawatra,” katanya kepada AFP. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >