Israel digesa benarkan media akses ke Gaza tanpa sekatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel digesa benarkan media akses ke Gaza tanpa sekatan

May 4, 2025 | 4:57 PM

Israel digesa benarkan media akses ke Gaza tanpa sekatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Persatuan Media Luar (FPA) telah memfailkan rayuan di Mahkamah Agung Israel bagi mencabar larangan yang menghalang wartawan asing daripada memasuki Gaza.
Persatuan Media Luar (FPA) telah memfailkan rayuan di Mahkamah Agung Israel bagi mencabar larangan yang menghalang wartawan asing daripada memasuki Gaza. - Foto AFP

BAITULMAKDIS: Persatuan Media Luar (FPA) pada 3 Mei menggesa Israel agar membenarkan wakil media mendapat akses ‘tanpa sekatan’ ke Gaza, di mana wartawan luar tidak dibenarkan untuk beroperasi secara bebas sejak perang di wilayah itu bermula pada Oktober 2023.

“Kami menggesa Israel supaya menghentikan penundaan yang berterusan, menegakkan prinsip asas kebebasan media dan membenarkan kemasukan tanpa sekatan bagi wartawan ke Gaza,” kata persatuan yang berpangkalan di Baitulmakdis itu, dalam satu kenyataan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia.

FPA mempunyai lebih 350 anggota yang bertugas untuk agensi berita asing di Israel dan wilayah Palestin.

Persatuan tersebut mengkritik Israel atas “larangan tidak pernah berlaku yang menghalang wartawan asing daripada memasuki Gaza”, dan menyifatkan keputusan itu sebagai “satu noktah hitam bagi sebuah negara yang mendakwa dirinya sebagai penanda aras demokrasi”.

FPA, yang telah memfailkan rayuan di Mahkamah Agung Israel bagi mencabar larangan itu, berkata ahlinya “menyanjung (semangat) rakan-rakan wartawan Palestin yang meneruskan laporan dalam keadaan mempertaruhkan keselamatan diri”.

“Namun, sekatan yang dikenakan oleh Israel, telah secara ketara mengganggu liputan bebas dan menyebabkan dunia tidak dapat melihat gambaran penuh tentang situasi di Gaza,” tambah persatuan itu.

Dengan pengecualian seorang wartawan luar dari saluran berita Amerika Syarikat, CNN, yang memasuki sebuah hospital di Rafah yang dikendalikan oleh Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2023, wartawan luar hanya dibenarkan memasuki Gaza bersama pasukan tentera Israel. 

Laporan mereka di Gaza – yang berada dalam sekatan Israel, turut tertakluk kepada penapisan oleh pihak tentera.

Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Palestin yang diduduki berkata ia “memperingati Hari Kebebasan Media Sedunia dalam suasana suram ketika wartawan Palestin terus dibunuh atau tercedera pada kadar yang membimbangkan, tanpa sebarang tindakan dikenakan (ke atas Israel)”.

Pejabat itu berkata pihaknya telah mengesahkan secara bebas kematian seramai 211 wartawan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, termasuk 28 wartawan wanita.

Tentera Israel pula menuduh ramai wartawan yang terbunuh dalam serangan yang dilakukan mereka sebagai “pengganas”, yang didakwa merupakan anggota kumpulan Palestin, Hamas atau Jihad Islam.

Sejak peperangan meletus pada Oktober 2023, seramai 1,218 warga Israel – sebilangan besar orang awam – dilaporkan mati, menurut kiraan agensi berita AFP, berdasarkan angka rasmi.

Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah keseluruhan kematian penduduk Gaza kini melebihi 52,400 orang. – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg