Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 11.9 juta anggota jemaah tunai umrah sepanjang Jamadilakhir

Dec 25, 2025 | 10:47 PM
Kaabah, umrah, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Jamadilakhir
Lebih 11.9 juta anggota jemaah dari dalam dan luar negara telah menunaikan umrah sepanjang bulan Jamadilakhir (bulan keenam dalam kalendar Islam), menurut statistik rasmi. - Foto PIXABAY

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, melaporkan lebih 11.9 juta anggota jemaah dari dalam dan luar negara telah menunaikan umrah sepanjang bulan Jamadilakhir (bulan keenam dalam kalendar Islam), menurut statistik rasmi.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan angka memberangsangkan itu mencerminkan peningkatan momentum pelaksanaan ibadah umrah serta menonjolkan kecekapan luar biasa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi melayani para anggota jemaah.

Data tersebut turut menunjukkan lebih 1.7 juta anggota jemaah umrah tiba dari luar Arab Saudi sepanjang bulan berkenaan.

Kemasukan ini menyerlahkan impak positif platform digital canggih dan perkhidmatan logistik bersepadu yang mempermudah prosedur ketibaan serta membolehkan anggota jemaah melaksanakan ibadah dengan mudah, selesa dan tenang.

Peningkatan berterusan dalam pelaksanaan ibadah umrah itu mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Arab Saudi dalam memantapkan ekosistem haji, umrah dan ziarah, selaras dengan matlamat Visi Saudi 2030.

Melalui inovasi dan penjagaan berterusan, Arab Saudi menjadikan akses ke Dua Masjid Suci lebih mudah sambil menyediakan pengalaman kerohanian menyeluruh yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan anggota jemaah umrah pada setiap peringkat daripada perancangan lawatan sehingga kepulangan mereka dari negara itu. - Agensi Berita/SPA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg