Trump beri amaran hancurkan Hamas jika gagal lucut senjata

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump beri amaran hancurkan Hamas jika gagal lucut senjata

Meski Hamas setuju dengan gencatan senjata pertengahan Okt 2025, mesej sama ada mereka akan lucutkan tidak jelas
Jan 22, 2026 | 12:55 PM

Trump beri amaran hancurkan Hamas jika gagal lucut senjata

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
donald trump, hamas, lucut senjata, gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata bahawa Hamas akan dimusnahkan jika kumpulan itu tidak melucutkan senjatanya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata. - Foto AFP

DAVOS (Switzerland): Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata pada 21 Januari bahawa Hamas akan dimusnahkan jika kumpulan itu tidak melucutkan senjatanya seperti yang ditetapkan dalam gencatan-gencatan yang diusahakan oleh negaranya.

“Hamas telah bersetuju untuk menyerahkan senjata mereka,” kata Encik Trump dalam mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Sedunia di Davos, Switzerland.

“Mereka dilahirkan dengan senapang di tangan mereka. Ia bukan perkara yang mudah bagi mereka, tetapi itulah yang mereka persetujui,” tegasnya.

Sejak bersetuju dengan gencatan senjata pada pertengahan Oktober 2025, Hamas telah menawarkan mesej bercampur-campur sama ada kumpulan itu akan melucutkan senjata.

Salah seorang pegawai kanannya di Doha, Encik Basem Naim, menyatakan pada Disember 2025 bahawa Hamas akan mula meletakkan senjatanya sebagai sebahagian daripada gencatan senjata jangka panjang yang merangkumi jaminan bahawa Israel tidak akan menyambung semula serangannya.

Pada pertengahan Januari, seorang pegawai Amerika yang memberi taklimat kepada wartawan dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata bahawa pelucutan senjata Hamas adalah “kemungkinan sebenar” walaupun bagi kumpulan yang menjadikan perjuangan bersenjata menentang Israel sebagai teras identitinya.

Pegawai itu berkata rancangan itu mungkin melibatkan “senjata berat Hamas, seperti RPG, pelancar roket dan peluru berpandu yang mereka tidak digunakan.”

Setiausaha Negara Amerika, Encik Marco Rubio, menyatakan pada Disember 2025 bahawa perunding boleh menerima pelan perlucutan senjata yang akan membolehkan Hamas mengekalkan beberapa senjata lebih kecil sambil menyerahkan roket dan senjata berat lain.

“Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan dimusnah dengan cepat,” kata Encik Trump mengenai perlucutan senjata Hamas.

Beliau menambah bahawa perunding akan tahu dalam beberapa minggu akan datang “sama ada mereka akan melakukannya atau tidak.”

Encik Trump berucap sehari sebelum pemimpin dunia dijadualkan bersidang di Davos untuk majlis menandatangani Lembaga Keamanan yang akan menyelia sementara tadbir urus dan pembinaan semula Jaluran Gaza selepas perang.

Beberapa pemimpin Timur Tengah, termasuk dari Mesir, Turkey dan Amiriah Arab Bersatu, telah menerima jemputan untuk menyertai lembaga itu, walaupun terdapat kebimbangan bahawa piagam yang dicadangkan menunjukkan badan yang diketuai Encik Trump itu akan menjadi perantara dalam konflik di luar Gaza.

Pada 21 Januari, Jabatan Perbendaharaan Amerika mengumumkan sekatan ke atas enam organisasi yang berpangkalan di Gaza yang dikatakan menyediakan rawatan perubatan kepada orang awam sambil menyokong sayap tentera Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg