Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ustaz Azhar Idrus lulus tauliah mengajar dan ceramah

Sep 28, 2023 | 02:45 PM



KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, menerima tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, untuk tempoh lima tahun.


Ustaz Azhar antara 14 selebriti yang lulus temu duga tauliah mengajar dalam tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2028.

Temu duga tauliah mengajar bagi menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab, dibuat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), diketuai Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun, lapor Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Sebelum ini, JHEAT mengesahkan Ustaz Azhar antara yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah dan berkuliah di masjid dan surau di negeri itu.

Difahamkan, beliau sudah tiga kali dipanggil oleh pihak berkuasa itu untuk menjalani proses temu duga pemegang tauliah.

Pesuruhjaya JHEAT, Encik M Rozi Bidin, mengesahkan hanya 30 individu dalam senarai boleh diberikan kebenaran khas untuk menyampaikan ceramah dan kuliah agama di masjid serta surau di negeri itu.

Sebelum ini, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, dilaporkan berkata semua ahli politik termasuk ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilarang menggunakan masjid serta surau di Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Katanya, larangan itu bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, juga pernah menzahirkan rasa dukacita dengan pembabitan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran Maidam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >