Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wakil Umno akan dilantik exco Pulau Pinang: Setiausaha Agung DAP

Aug 15, 2023 | 01:38 PM



KUALA LUMPUR: Sejarah baru politik tanah air tercipta apabila pucuk pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebulat suara memutuskan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Umno mewakili Barisan Nasional (BN), akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang.


Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke, berkata perkara itu dipersetujui selepas dua kerusi dimenangi calon BN daripada Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam dan Sungai Acheh.

“Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya seorang Exco daripada Umno mewakili BN dilantik.

“Ada dua calon BN menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN daripada Umno untuk berada dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP pada Isnin malam, menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM).


PRN Pulau Pinang pada Sabtu lalu menyaksikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memenangi kerusi DUN Bertam, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu, Encik Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Seorang lagi calon BN daripada Umno, Encik Rashidi Zinol, mengalahkan Encik Zulkifli Ibrahim (PN-Bersatu) di kerusi DUN Sungai Acheh.

Sabtu lalu, gabungan Pakatan Harapan-BN (PH-BN) Pulau Pinang meraikan kemenangan bagi membentuk kerajaan negeri, apabila menang 29 daripada 40 kerusi DUN dalam PRN.

Gabungan PH-BN memenangi 29 kerusi iaitu melebihi 21 kerusi DUN yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah daripada keseluruhan 40 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan DAP menang 19 daripadanya.

Encik Chow Kon Yeow telah dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang buat penggal keduanya.

“Beliau (Kon Yeow) sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sehari selepas PRN dan dalam tempoh beberapa beberapa hari ini, kita akan menghantar nama kepada bakal Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan untuk mewakili DAP untuk diangkat sebagai ahli Majlis Exco.


“Nama-nama ini perlu diputuskan oleh pucuk pimpinan yang sudah diberikan mandat oleh CEC untuk diserahkan kepada Menteri Besar di Negeri Sembilan dan Selangor,” katanya.


Selain memenangi 19 kerusi di Pulau Pinang, DAP memenangi 15 kerusi di Selangor, Negeri Sembilan (11) dan satu kerusi di Kedah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >