Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Wanita pegang 38.8% jawatan pembuat keputusan dalam sektor awam M’sia

Oct 20, 2023 | 12:27 PM



KUALA LUMPUR: Wanita yang memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam Malaysia kini mencapai 38.8 peratus.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata bagaimanapun, sasaran 30 peratus wanita memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor swasta dan korporat masih belum dicapai setakat ini.

Katanya, perkara itu antara isu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) yang julung kali diadakan pada 2023.

Datuk Nancy berkata mesyuarat itu juga menumpukan aspek dan inisiatif dalam menggalakkan golongan wanita untuk kembali bekerja bagi menjayakan sasaran 60 peratus penyertaan tenaga kerja kaum Hawa dalam pasaran tenaga buruh yang digariskan oleh Kerangka Ekonomi Madani.

“Kalau dibanding dengan Singapura, golongan wanita bekerja adalah lebih 70 peratus, jadi kita mahu mencapai tahap yang tinggi tetapi kita perlu memberi sokongan dalam serba-serbi terutama sekali gaji,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu pada Khamis, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Nancy berkata mesyuarat itu turut membincangkan pandangan dan cadangan mengenai pelaksanaan inisiatif pelanjutan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja hingga 31 Disember 2027 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Ini termasuk cadangan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak yang dinaikkan kepada RM3,000 ($862.70).

Beliau berkata sebagai langkah menggalakkan wanita kembali bekerja, kementerian juga melaksanakan reformasi dari sudut undang-undang melalui Akta Antigangguan Seksual 2022 bagi melindungi golongan itu, seterusnya dapat memberi keyakinan diri kepada mereka untuk kembali bekerja.

Datuk Nancy berkata mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2022-2025 di Peringkat Negeri oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >