Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha tangga kejayaan

Wanita pegang rotan sambil teman anak bersenam sentuh hati ramai warganet

Sep 27, 2023 | 01:29 PM



Seorang wanita yang dipercayai seorang ibu di Malaysia telah menarik perhatian ramai warganet setelah dilihat menggunakan kaedah yang luar biasa untuk ‘mendorong’ anaknya bersenam.

Satu video 24 saat di TikTok yang tular menunjukkan seorang lelaki sedang berlari-lari anak di tepi jalan raya di Malaysia.

Mengekorinya ialah seorang wanita yang menunggang motosikal sambil memegang rotan di tangan kirinya.

Video tersebut yang dimuat naik pengguna TikTok farhinjeffry mempunyai kapsyen yang berbunyi:

“Semangat dik, hidup ni keras mcm (macam) rotan yang mak kau bawak tu.”

Video itu telah dikongsi lebih 3,000 kali dengan ‘like’ melebihi 83,000.

Video yang dirakam itu telah mengundang reaksi yang rata-rata positif daripada warganet.

Pengguna ambivertaperson berkata:

“Kadangkala anda perlu belajar dalam cara yang sukar untuk mencapai sesuatu. Satu hari anda akan tentunya berterima kasih dengan ibu anda kerana melakukan demikian.”







Sementara itu, sesetengah juga memuji si ibu.

Pengguna senjaaaaaaa berkata:

“Allahu. Maknya sangatlah menyokong. Beliau tahu apa yang terbaik buat anda pada masa depan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >